Utusan Borneo (Sabah)

Geng curi kabel dan transforme­r di Belaga tumpas

-

BELAGA: Penangkapa­n tujuh lelaki tempatan dipercayai anggota sebuah kumpulan baru-baru ini menyumbang kepada penyelesai­an tujuh kes kecurian kabel dan transforme­r di kawasan pentadbira­n Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga.

Ketua Polis Daerah Belaga DSP Brodie Brangka berkata, penangkapa­n pertama membabitka­n dua lelaki dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Belaga diketuai oleh Sjn Nervyn Kedit semasa membuat rondaan di sekitar Sungai Asap pada 3 September lalu.

Katanya, hasil tangkapan dua suspek tersebut membawa kepada rampasan pelbagai barangan disyaki dicuri termasuk batang paip, bateri pencawang, set perkakasan spanar, sebuah motosikal dan sebuah kereta.

“Kedua-dua lelaki tempatan terbabit disyaki terlibat dalam kes kecurian kabel dan transforme­r di kawasan Sungai Asap, Belaga dan siasatan lanjut terhadap mereka menjurus kepada penangkapa­n lima lagi suspek sehingga awal pagi tadi (semalam),” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Katanya, suspek berumur antara 34 dan 47 tahun ditangkap antara 3 dan 10 September dan tangkapan terkini membabitka­n seorang lelaki berumur 26 tahun dilakukan di Sungai Asap pada 12.30 pagi Khamis.

“Kami percaya kesemua suspek terbabit merupakan ahli kumpulan jenayah yang sama,” jelasnya sambil menambah kesemua ditahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan direman untuk membantu siasatan.

“Kami masih giat mengesan dua lagi suspek yang masih bebas dipercayai ahli kumpulan sama dalam kes curi kabel dan bateri pencawang di kawasan Belaga,” tambahnya.

 ??  ?? DSP Brodie (dua kiri) bersama pasukan JSJ IPD Belaga menunjukka­n barang kes (bateri pencawang) yang dirampas.
DSP Brodie (dua kiri) bersama pasukan JSJ IPD Belaga menunjukka­n barang kes (bateri pencawang) yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia