Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan ambil berat soal pendidikan

-

LIMBANG: Kerajaan negeri amat mengambil berat tentang pendidikan dan kebajikan anak-anak Sarawak terutama golongan kurang berkemampu­an bagi memastikan­merekamend­apat pendidikan sempurna.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, program baucar bantuan pakaian seragam yang dilaksanak­an di Sarawak satu usaha berterusan dalam membantu golongan sasar membeli pakaian seragam sekali gus meringanka­n beban mereka.

Jelasnya dalam usaha membantu mereka, kerajaan negeri memutuskan menaikkan jumlah baucar daripada RM100 kepada RM200 dengan peruntukan sebanyak RM4 juta bagi pelajar tahun satu dan tingkatan satu.

“Kita tidak mahu mendengar atau melihat anak-anak kita tidak dapat meneruskan persekolah­an hanya semata-mata disebabkan tidak ada wang untuk membeli buku serta peralatan sekolah,” ujarnya pada Majlis Penyampaia­n Baucar Bantuan Pakaian Seragam Yayasan Sarawak 2018 di Dewan Bunga Raya di sini, pada Jumaat.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, wakil Pengarah Yayasan Sarawak Suryani Abdul Hamid, wakil Residen Bahagian Limbang Aspalela Shamuni dan Pegawai Pendidikan Daerah Matzinan Wahit.

Adun Bukit Kota itu berkata, golongan yang dibantu merupakan mereka yang layak berdasarka data e-Kasih, murid berkeperlu­an asas, murid-murid Penan serta mereka yang disahkan layak oleh kumpulan sasaran daerah.

Justeru, beliau mahu semua vendor iaitu kedaikedai pembekal pakaian seragam sekolah yang terlibat membekalka­n kuantiti dan kualiti pakaian seragam yang mencermink­an nilai RM200 pada baucar yang diberikan pelajar.

“Pekedai tidak seharusnya mengaut keuntungan yang tidak munasabah melalui program ini.

“Adalah lebih baik ibu bapa memeriksa dahulu pakaian supaya setimpal dengan nilai baucar,” ujarnya lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia