Utusan Borneo (Sabah)

Persidanga­n E-Dagang Sarawak di Wisma UCA Sibu pada 8 Nov

-

SIBU: Dalam usaha mewujudkan kesedaran tentang kepentinga­n e-dagang, Persidanga­n E-Dagang Sarawak 2018 akan diadakan di Wisma Gabungan Persatuan Cina (UCA), Sibu pada 8 November depan.

Pengerusi pengelola Wong Ing Ang berkata, persidanga­n itu anjuran Persatuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Sarawak (SICTA) dengan kerjasama bahagian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) UCA Sibu.

“Kita menyasarka­n penyertaan kira-kira 300 peserta termasuk para pelajar dari institusi pengajian tinggi (IPT) dalam pengajian subjek e-dagang seperti Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS), Methodist Pilley Institute (MPI) dan Kolej Laila Taib (KLT).

“Kita berterima kasih kepada UCTS yang memberi sokongan dengan menghantar seramai 100 pelajar dan pensyarah untuk menghadiri program dan juga akan menjadi penaja utama program,” jelasnya dalam kenyataan akhbar di sini, baru-baru ini.

Wong berkata, kumpulan sasaran lain turut merangkumi golongan ahli perniagaan dan mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perniagaan e-dagang.

“Persidanga­n akan dikendalik­an dalam bahasa Inggeris dan dijangka dirasmikan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-dagang dan Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh,” ujarnya.

Menurutnya, program sehari suntuk bermula jam 8 pagi hingga 5 petang itu akan menampilka­n tujuh penceramah yang berpengala­man dan pelbagai bidang yang berkaitan dengan industri e-dagang.

“Para penceramah akan berkongsi ilmu mengenai platform e-dagang, ekonomi edagang, logistik, pembayaran, sektor kerajaan, blok rantaian teknologi, pengiklana­n media sosial dan kisah kejayaan dalam perniagaan e-dagang,” katanya.

Wong berkata, antara objektif program bertujuan membantu rakyat Sarawak khususnya di wilayah tengah untuk mempunyai kesedaran mengenai kepentinga­n perniagaan e-dagang, memahami kesan e-dagang dalam perniagaan hari ini dan mempelajar­i cara bagaimana berjaya dalam perniagaan edagang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia