Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Sarawak disaran jaga kesihatan jantung

-

KUCHING: Rakyat Sarawak berumur 18 tahun ke atas disaran menjaga kesihatan jantung kerana serangan jantung masih merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata demikian walaupun tidak dapat memberikan data terperinci berkenaan serangan jantung terkini pada Jumaat.

“Ini bukan perkara baharu, tetapi harus dipraktikk­an setiap hari iaitu kerap menjalani saringan ujian kesihatan badan (tahap gula dalam darah, diabetes, tekanan darah tinggi dan tahap kolesterol).

“Selain itu, menjaga diet makanan dan mengawal berat badan, minum banyak air, berhenti merokok serta kerap bersenam boleh membantu menyelamat­kan nyawa anda.

“Walaupun terdapat faktor lain seperti genetik untuk kaum India yang mempunyai kebarangka­lian untuk mendapat serangan jantung lebih daripada kaum lain tetapi jika ia dikawal dapat menyelamat­kan nyawa,” katanya pada sidang media ‘Walk-a-Mile’ sempena sambutan Hari Jantung Sedunia di Saradise, pada Jumaat.

Acara tersebut merupakan anjuran Yayasan Jantung Sarawak yang juga merupakan ahli Persekutua­n Jantung Dunia bagi memberi kesedaran awam tentang kepentinga­n kesihatan jantung yang akan mengadakan ‘Walk-a-Mile’ di Saradise pada 23 September ini.

Hari Jantung Sedunia disambut pada 29 September setiap tahun dan tahun ini Presiden Yayasan Jantung Sarawak yang juga Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib dijangka menghadiri acara tersebut.

Disasarkan 2,000 orang juga turut serta dengan tema antarabang­sa acara ‘My Heart, Your Heart’.

“Kami mahu anda menjadi duta yang sihat untuk Sarawak dan pada 23 September kaunter pendaftara­n akan dibuka seawal jam 5 pagi untuk pendaftara­n,” katanya.

Pusat Jantung Sarawak akan mengadakan ujian saringan kesihatan percuma dan yuran penyertaan hanya dikenakan RM20 seorang serta diberikan baju-T.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Ahli Lembaga Yayasan Jantung Sarawak Datuk Ann Teng, Eric Lim dan Pauline Kon serta Pegawai Pengacaraa­n dan Sampel Nestle Wilayah Sarawak Tony Merril Ripat dan Pengurus Komunikasi Pemasaran Saradise Si Kok Leng.

 ??  ?? DR SIM (tengah) diapit Pauline (kiri) dan Anne menunjukka­n sampel baju-T yang akan diberikan kepada orang ramai yang berdaftar bagi menyertai ‘Walk-a-Mile’ di Saradise pada 23 September ini.
DR SIM (tengah) diapit Pauline (kiri) dan Anne menunjukka­n sampel baju-T yang akan diberikan kepada orang ramai yang berdaftar bagi menyertai ‘Walk-a-Mile’ di Saradise pada 23 September ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia