Utusan Borneo (Sabah)

15 syarikat perabot kontrak pusat berdepan gulung tikar

-

KUCHING: Lima belas syarikat perabot tempatan yang membekalka­n perabot ke sekolah-sekolah di negeri ini berdepan gulung tikar kerana kekurangan permintaan sejak beberapa tahun lalu.

Perkara itu dinyatakan Pengarah Urusan W.H. Furniture & Works Sdn Bhd Wan Hashim Tuanku Johan Al-Yahya sambil menambah keadaan bertambah buruk dengan permintaan pasaran terhadap perabot tempatan yang turut merundum.

Beliau berkata, ketika ini jumlah kontrak pembekalan perabot ke sekolah yang tidak seberapa terpaksa diagihkan sesama syarikat-syarikat pembekal berkenaan yang dilantik sebagai kontrak pusat.

“Lebih parah lagi apabila Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) turut meminta kontraktor yang membina bangunan sekolah baharu membekalka­n perabot sekolah.

“Sepatutnya kontrak membekalka­n perabot sekolah ini diberikan kepada kami yang telah dilantik sebagai ‘central contract’ atau kontrak pusat,” katanya kepada Utusan Borneo pada Jumaat.

Wan Hashim menambah, syarikat kontrak pusat sudah tentu berdepan satu lagi tekanan apabila gaji minimum RM1,050 dilaksanak­an di seluruh negara bermula Januari tahun depan.

Menurutnya, pelaksanaa­n gaji minimum baharu itu amat berat untuk dilaksanak­an dengan keadaan ekomomi negara yang tidak begitu baik ketika ini dan mendorong pengusaha kecil dan sederhana seperti syarikat pembekal perabot sekolah beralih kepada tenaga kerja asing. Justeru, beliau menyaranka­n kepada KPM khasnya agar kontrak membekalka­n perabot ke sekolah-sekolah di negeri ini diberikan kepada syarikat kontrak pusat bukannya ditawakan kepada kontraktor binaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia