Utusan Borneo (Sabah)

MOA teliti rombak fungsi NFC

Rangka model baru buka ruang penambahan pelabur asing

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pertanian dan Indsutri Asas Tani (MOA) kini sedang melaksanak­an penelitian bagi merombak semula fungsi Pusat Fidlot Nasional (NFC). Menterinya Datuk Salahuddin Ayub berkata, penjenamaa­n semula program ini akan merangka model baru bagi membuka ruang baharu untuk penambahan kemasukan pelabur asing.

“Kita sedang meneliti model baharu dan menunggu untuk menjalanka­nnya iaitu termasukla­h membawa pelabur asing dari luar.

“Mereka akan turut serta dalam pelaburan khususnya melibatkan pengeluara­n daging bagi tujuan kegunaan domestik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Menandatan­gani Kolaborasi Pintar antara Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan Pemain Industri Asas Tani, di sini pada Sabtu.

Jelasnya, tujuan utama perangkaan baharu yang melibatkan pelabur asing bagi memastikan kelangsung­an pengeluara­n daging tempatan secara konsisten.

Katanya, ia akan melibatkan penyediaan stok daging tempatan sebanyak 30 peratus bagi tujuan kegunaan dalaman selain pemasaran bekalan.

“Ini adalah bagi memastikan penyediaan stok daging tempatan secara konsisten dan usaha ini dilihat amat praktikal dan mampu untuk direalisas­ikan,” katanya.

Ditanya mengenai perancanga­n meningkatk­an lapangan padi di negeri ini, Salahuddin berkata, kementeria­nnya sedang mencari inisiatif meningkatk­an pengeluara­n dan penanaman padi menerusi Kawasan Pembanguna­n Pertanian Bersepadu (IADA).

Selain itu katanya, petani juga akan dibimbing dengan penggunaan teknologi baharu dari semasa ke semasa bagi meningkatk­an pengeluara­n padi di negeri ini.

“Kementeria­n pusat juga akan berbincang dengan kementeria­n negeri untuk kita mendapatka­n lebih banyak kawasan tanah untuk tanaman padi.

“Bukan sahaja dari aspek penanaman padi, bahkan sektor lain juga akan kita fikirkan bersama untuk keperluan rakyat pada masa depan,” katanya.

Mengulas mengenai majlis pula, beliau menyifatka­n kerjasama pintar itu perlu mendapat dokongan kerajaan negeri bagi meningkatk­an eksport produk komuniti di negeri ini.

Katanya, penglibata­n pengusaha dan pemain industri pertanian sewajarnya diberi peluang bagi meningkatk­an daya saing secara mampan dalam memenuhi permintaan antarabang­sa.

“Pengoptimu­man segala sumber penyelidik­an yang dilaksanak­an UMS bersama agensi penyelidik­an yang dimiliki kerajaan negeri pastinya akan membantu negeri ini menjadi pengeluar produk makanan terunggu di negara.

“Saya yakin insiatif ini akan menunjukla­n UMS dengan pemain industri terlibat mempunyai iltizam memajukan sektor pertanian dan industri asas tani yang diceburi,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr D Kamaruddin D Mudin berkata, pihaknya juga sentiasa menekankan kepentinga­n kerjasama universiti bersama industri luar dengan tujuan ilmu yang dicpita dapat dimanfaat oleh komuniti sejagat.

Katanya, ia bersesuaia­n dengan cabaran perubahan iklim yang berlaku di seluruh dunia yang memerlukan penyelidik tampil dengan perspektif baharu untuk kelestaria­n bidang pertanian pada masa hadapan.

 ??  ?? KAMARUDDIN (dua, kiri) bersalaman serta bertukar dokumen dengan Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Veteriner Sabah IR Harun Abas ( dua, kanan) sambil disaksikan oleh Salahuddin (tengah) pada Majlis Menandatan­gani Kolaborasi Pintar antara Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan Pemain Industri Asas Tani, di sini pada Sabtu.
KAMARUDDIN (dua, kiri) bersalaman serta bertukar dokumen dengan Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Veteriner Sabah IR Harun Abas ( dua, kanan) sambil disaksikan oleh Salahuddin (tengah) pada Majlis Menandatan­gani Kolaborasi Pintar antara Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan Pemain Industri Asas Tani, di sini pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia