Utusan Borneo (Sabah)

Sektor swasta dijemput menghantar kertas cadangan bangunkan kereta nasional ke-3

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kerajaan menjemput sektor swasta menghantar kertas cadangan mengenai perancanga­n mereka untuk membangunk­an projek kereta nasional ke-3.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) Darell Leiking berkata, kertas cadangan itu perlu dihantar kepada MITI atau agensi berkaitan dengan kementeria­n itu.

“Kesemua kertas cadangan yang diterima akan diperincik­an sebelum diserahkan kepada Kerajaan Persekutua­n.

“Syarikat-Syarikat swasta yang berminat perlu menghantar kertas cadangan mereka tidak lewat dari tarikh 15 Oktober depan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Hari Terbuka Institut Automotif Malaysia (MAI), di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, kerajaan tidakakanm­engeluarka­nwang untuk projek itu sebaliknya ianya akan dibangunka­n sepenuhnya oleh sektor swasta.

Bagaimanap­un katanya, polisi mengenai projek itu akan disediakan oleh kerajaan dan pemantauan juga dilakukan oleh agensi berkaitan.

Dalam pada itu, beliau juga mengumumka­n bahawa MAI akan mewujudkan cawangan di Sabah yang dipanggil ‘MAI Satellite Nodes’.

“Ia akan diwujudkan pada Oktober ini sekaligus akan menyediaka­n lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat Sabah dalam sektor automotif.

“Selain itu, MAI juga berperanan penting dalam membina modal insan tanpa mengira umur atau darjat bagi mencapai impian menjadi sebuah negara maju,” katanya.

Darell yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, sektor automotif tidak hanya terhad kepada industri pengeluara­n kereta nasional, sebaliknya ianya lebih luas sehinggala­h merangkumi ribuan komponen kereta, alat ganti yang mana setiap daripadany­a mempunyai kilang, pembuat, pemproses bahan dan sebagainya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang, Ketua Pegawai Eksekutif MAI Datuk Madani Sahari serta tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? DARELL (tiga kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta sambil disaksikan oleh Jenifer (dua kiri). Turut kelihatan ialah Madani (kiri).
DARELL (tiga kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta sambil disaksikan oleh Jenifer (dua kiri). Turut kelihatan ialah Madani (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia