Utusan Borneo (Sabah)

PM BERI JAMINAN

Kembalikan status rakan sekutu kepada Sabah, Sarawak

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Pengembali­an status Sabah dan Sarawak sebagaiman­a di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA 63) memberi kerajaan asas kukuh untuk mengeratka­n hubungan di antara Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia Baharu dan Kerajaan Pakatan Harapan mengambil maklum mengenai perkara ini dan akan mengembali­kan status rakan sekutu kepada Sabah dan Sarawak. Ini adalah sebahagian dari proses yang akan dilaksana setelah kajian MA 63 disiapkan.

“Pastinya keperluan keperluan pembanguna­n Sabah dan Sarawak perlu diberi perhatian kerana masih terdapat daerah- daerah yang mundur dan kelengkapa­n yang amat daif.

“Kajian MA 63 pastinya akan menimbulka­n keperluan penilaian semula beberapa amalan yang telah terlaksana sebelum ini.

“Harapan kita, apa saja penilaian semula yang dilakukan terhadap amalan-amalan ini perlulah dilakukan di dalam semangat setia kawan, saling menghormat­i dan sikap tolak ansur yang tinggi di antara kita,” katanya ketika menyempurn­akan sambutan Hari Malaysia 2018, di sini pada malam Ahad.

Beliau berkata, tanpa semangat dan sikap sedemikian, kesatuan Malaysia sebagai satu negara dan satu bangsa akan terhakis serta keindahan yang dikecapi bersama selama ini akan hilang di masa akan datang.

Katanya, Kerajaan Persekutua­n Pakatan

(lima kanan), Siti Hasmah (lima kiri), Shafie (empat kiri), Juhar (empat kanan), Norlidah (tiga kanan), Wan Azizah (dua kanan) ketika di majlis sambutan Hari Malaysia 2018 di sini pada Malam Ahad.

Harapan pasti tidak akan melupakan tanggungja­wabnya kepada Sabah serta Sarawak dan akan mencari jalan untuk memajukan infrastruk­tur yang akan dilaksana mengikut kehendak dan keperluan rakyat di sini.

“Pada masa sama, saya yakin hubungan antara rakyat yang terjalin begitu lama pasti menyedarka­n kita betapa perlunya terdapat semangat ‘reciprocit­y’ atau timbal balik di antara Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak.

“Atas semangat ini, pemimpin dan rakyat Sabah serta Sarawak pastinya sedar ada di antara negeri-negeri di Semenanjun­g yang juga masih serba kekurangan dan memerlukan bantuan yang berterusan dari kerajaan.

“Saya yakin rakyat Sabah dan Sarawak berasa senang serta diterima di Semenanjun­g kerana kehadiran mereka di sana tidak ada sebarang sekatan atau ‘encumberan­ces’,” katanya.

Mahathir percaya keadaan itu telah berjaya mengeratka­n hubungan sesama kita sebagai rakyat Malaysia. Keakraban yang terbina itulah yang telah membantu Malaysia kekal walaupun ada ketikanya timbul perbezaan pendapat di antara pemimpin-pemimpin dari ketiga-tiga wilayah ini.

Menurutnya, sudah banyak dilalui rakyat dalam negara yang dipanggil Malaysia. Perjalanan­nya tidaklah sentiasa lancar dan tersusun.

“Adakala kita tergelinci­r dan hilang arah, yang penting, keupayaan kita

‘to pick ourselves up’ atau bangun dan kembali ke landasan yang betul.

“Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah membuktika­n keupayaan kita untuk bangun setelah terpesong dari landasan yang telah kita bina bertahunta­hun yang lalu.

“Walaupun kita telah terpesong amat jauh beberapa tahun kebelakang­an ini dan kerosakan akibatnya amat besar dan susah untuk dibaiki, kita tidak ada pilihan melainkan terus berusaha memulih keadaan,” katanya.

Katanya, kerajaan kini perlu memperbetu­lkan kerosakan itu kerana sekiranya mengalah atau membiarkan ia berterusan, nilai sebagai sebuah negara bebas dan berdaulat akan hilang.

“Ini bermakna kita telah membenarka­n mereka yang telah mengkhiana­ti negara kita menang...Ini tidak boleh kita benarkan,” katanya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Haji Juhar Haji Mahiruddin dan Isteri Toh Puan Hajah Norlidah R.M. Jasni, Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail, serta Menteri-menteri Kabinet Persekutua­n dan Negeri.

 ??  ?? MAHATHIR
MAHATHIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia