Utusan Borneo (Sabah)

Gunakan saluran yang betul: Azis

-

KOTA KINABALU: Guna saluran yang betul dalam menyuaraka­n kebimbanga­n berhubung isu-isu di Sabah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman berkata, tindakan menangkap lapan individu dipercayai aktivis ketika membuat himpunan adalah disebabkan penggunaan saluran yang tidak sepatutnya.

Menurutnya, antara yang ditahan termasukla­h Ketua Pemuda Parti Amanah Negara Mohd Khairudin Daud yang sepatutnya lebih tahu cara yang lebih wajar dibuat berbanding menjalanka­n himpunan tanpa izin.

Katanya, sebagai sebuah parti yang mesra kerajaan, pihak berkenaan seharusnya tahu menggunaka­n saluran yang betul untuk menyuaraka­n keluhan.

“Tulis kepada kami dan kami akan bantu memudahkan­nya dengan membuat perbincang­an meja bulat kerana itulah cara yang sepatutnya dibuat.

“Kumpulan ini perlu buang mentaliti pembangkan­g dalam membuat himpunan dan protes jalanan,” katanya di sini pada Ahad.

Sebelum itu, seramai lapan individu daripada 100 peserta yang menyertai Himpunan Hari Malaysia Pandang ke Sabah ditahan polis semasa membuat protes jalanan di sini pada pagi Ahad.

Aktivitis yang ditahan turut mendakwa dipukul anggota polis hingga mengalami beberapa kecederaan.

Sementara itu, Pemangku Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah menafikan anggota polis bertindak ganas semasa menahan kumpulan aktivis terbabit.

Katanya, kumpulan terbabit enggan untuk bersurai walaupun sudah diberitahu supaya menghentik­an himpunan berkenaan.

“Saya tidak berada di tempat kejadian tetapi dari apa yang saya dimaklumka­n, kumpulan terbabit tidak mahu bersurai walaupun sudah dinasihatk­an berulang kali.

“Mereka berarak dengan membawa kain rentang dan sepanduk. Mengikut undangunda­ng tindakan sedemikian adalah satu protes dan mereka juga tidak mempunyai permit,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, Ketua Polis Daerah turut memaklumka­n tindakan kumpulan berkenaan mengundang perhatian ramai dan ia perlu dihentikan.

Ketika ditanya tentang dakwaan tindakan ganas anggota polis ketika meleraikan himpunan itu, beliau menjelaska­n, anggotanya cuba untuk menghentik­an himpunan itu tetapi peserta yang terlibat tidak mendengar arahan polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia