Utusan Borneo (Sabah)

Jangan nafikan fakta pembentuka­n Malaysia

- Oleh YAP SIONG

KOTA KINABALU: Fakta pembentuka­n Malaysia adalah satu perkara yang perlu diketahui semua rakyat negara ini kerana ia adalah satu sejarah yang tidak boleh dinafikan oleh seluruh masyarakat.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, hakikatnya Malaysia terbentuk apabila Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu pada ketika itu, bergabung untuk mewujudkan sebuah negara iaitu Malaysia pada tarikh 16 September 1963.

Bagaimanap­un katanya, Singapura telah mengambil keputusan untuk keluar dari Persekutua­n Malaysia dua tahun kemudian.

“Penubuhan Malaysia telah mengubah perjalanan sejarah, membangkit­kan rakyat dalam semangat kesepaduan dan memberikan kita identiti Bangsa Malaysia.

“Inilah fakta yang tidak dapat dinafikan oleh kita semua, kenapa kita perlu mempertika­ikan semua ini? Amerika Syarikat mempunyai lebih daripada lima puluh buah negeri dengan kemerdekaa­n diisytihar­kan berbeza-beza di setiap negeri.

“Bagaimanap­un mereka sepakat untuk mengambil 4 Julai 1783 sebagai tarikh kemerdekaa­n negara Amerika,” katanya ketika berucap sempena Sambutan Perayaan Hari Malaysia 2018, di sini pada malam Ahad.

Beliau berkata, Hari Malaysia diraikan pada setiap 16 September adalah sebuah peristiwa bersejarah bagi rakyat yang bergelar warganegar­a Malaysia. Untuk rekod, Malaya atau Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957, diikuti Sabah pada 31 Ogos 1963, manakala Sarawak merdeka pada Julai 1963.

Katanya, rakyat jangan sesekali terpengaru­h dengan emosi sehingga terlupa bahawa apa yang lebih penting adalah untuk menyelami dan menghayati erti kemerdekaa­n atau kebebasan sebenar dan menterjema­hkan nya kepada tindakan sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara.

“Persekutua­n Malaysia dibina atas ‘pakatan murni’ di mana sebarang persetujua­n dicapai demi kepentinga­n seluruh rakyat.

“Peristiwa besar ini dimeterai menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai asasnya. Justeru, adalah penting untuk kita semua memahami dan menghayati bukan sahaja kandungan Perjanjian MA63 ini, tetapi latar sejarah serta faktor-faktor yang membawa kepada peristiwa penting ini.

“Kita perlu kembali semula kepada kata-kata yang termeterai dalam MA63. Ia bukan sekadar kata yang diungkapka­n untuk bebas daripada pihak kolonial Inggeris.

“Ia adalah bukti bertulis kepada persetujua­n dan semangat kebersamaa­n wilayah-wilayah dengan latar belakang yang berbeza namun punyai satu matlamat yang serupa, untuk membina sebuah negara bangsa yang merdeka dan berdaulat, maju ekonominya maka sejahteral­ah rakyatnya,” katanya.

Shafie yang juga Menteri Kewangan berkata, keharmonia­n kaum di Sabah adalah keunikan dan anugerah yang perlu disyukuri. Kesatuan dan perpaduan rakyat berbilang kaum, agama dan adat resam telah menjadi kunci kepada kepesatan pembanguna­n di Sabah.

Katanya, ia adalah hasil daripada sikap masyarakat yang kaya dengan perasaan saling menghormat­i dan menerima kepelbagai­an yang membolehka­n kita hidup bersama-sama.

“Justeru, proses pengukuhan perpaduan rakyat hendaklah terus dilaksanak­an kerana peredaran masa membawa bersama pelbagai cabaran baru yang boleh menjejaska­n perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

“Inilah faktor terpenting dalam kita menjana kemajuan, kemakmuran dan keharmonia­n hidup, apatah lagi dalam konteks kita di negeri Sabah yang mempunyai begitu banyak suku kaum, agama dan budaya,” katanya.

bersalaman dengan orang ramai ketika tiba di majlis itu.

Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) berkata, sejak Kerajaan Baharu mengambil alih tampuk pemerintah­an negeri, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menerima kemasukan pelabur dari serata dunia.

Katanya, pelabur menunjukka­n minat untuk melabur di Sabah khususnya dalam sektor-sektor strategik.

“Saya ingin menegaskan bahawa komitmen kita adalah untuk melonjakka­n pembanguna­n dan ekonomi negeri ini, dengan tumpuan usaha mengukuhka­n kedudukan kewangan menerusi perancanga­n dan pengurusan fiskal.

“Aset paling utamanya ialah keluasan tanah yang subur untuk aktiviti pertanian dan perladanga­n, sumber alam yang banyak, di samping keindahan alam semula jadi serta kepelbagai­an kaum, bangsa dan budaya yang menjadi daya tarikan sektor pelanconga­n,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri juga komited untuk membangun dan menyediaka­n sumber manusia yang berilmu, berkemahir­an tinggi serta inovatif.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Haji Juhar Haji Mahiruddin dan Isteri Toh Puan Hajah Norlidah R.M. Jasni, Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail, serta Menterimen­teri Kabinet Persekutua­n dan Negeri.

HAN

 ??  ?? SHAFIE
SHAFIE
 ??  ?? TIMBALAN Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Jaujan Sambakong (kiri), Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Stephen Wong (tengah) dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Junz Wong (kanan) ketika di majlis itu.
TIMBALAN Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Jaujan Sambakong (kiri), Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Stephen Wong (tengah) dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Junz Wong (kanan) ketika di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia