Utusan Borneo (Sabah)

Polis tahan lapan individu terlibat perhimpuna­n

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Seramai lapan individu yang menyertai perhimpuna­n di Dataran Deasoka di sini ditahan selepas didapati menghalang anggota polis menjalanka­n tugas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kesemua tangkapan berumur dalam lingkungan 22 hingga 28 tahun.

Pihaknya membuat tangkapan kira-kira jam 11.26 pagi ketika menjalanka­n Ops Aman di kawasan terbabit.

“Kumpulan ini berucap dan menyanyi menggunaka­n pembesar suara sambil mengangkat kain rentang, pelekat dan mengibarka­n bendera.

“Selepas beberapa kali diarahkan supaya bersurai, mereka masih enggan memberikan kerjasama walaupun sudah diberikan masa selama 15 minit berucap tanpa pembesar suara.

“Apabila anggota polis menghampir­i kumpulan berkenaan, berlaku tolakmenol­ak di antara ahli kumpulan dan juga anggota polis yang bertugas,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, semasa pihaknya menahan anggota kumpulan itu, peserta perhimpuna­n bertindak agresif hingga berlaku pergelutan.

Menurutnya, polis terpaksa menggunaka­n kekerasan tahap minimum untuk melaksanak­an tangkapan terhadap semua suspek yang terlibat.

“Hasil siasatan mendapati tempat kejadian adalah kawasan awam dan polis turut mengeluark­an arahan sebanyak tiga kali supaya bersurai.

“Namun mereka tidak menghirauk­an arahan dan salah seorang suspek bertindak memegang dan menolak anggota polis serta bertindak agresif,” jelasnya.

Habibi berkata, sepanjang perhimpuna­n dan tangkapan dibuat, tiada sebarang kecederaan dialami sama ada daripada kumpulan mahupun pihak berkuasa.

Katanya, perhimpuna­n berkenaan diketuai oleh Ketua Pemuda Parti Amanah Sabah dan dibuat oleh Gabungan Kolektif Mahasiswa bersama anak muda dan rakyat.

Pihaknya menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpuna­n Aman 2012.

Beliau berkata, pihaknya memberi jaminan polis selepas selesai rakaman percakapan terhadap kesemua suspek.

 ??  ?? AZIS
AZIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia