Utusan Borneo (Sabah)

Waris kanak-kanak lelaki 5 tahun dicari

- Oleh YUSOP TEPPO

BELURAN: Pejabat Perkhidmat­an Kebajikan Am Daerah Beluran sedang mengesan keluarga ataupun waris kepada seorang kanakkanak lelaki berumur 5 tahun yang ditinggalk­an ibunya.

Pelindung Asmad Nasir berkata usaha ini bagi membantu siasatan berhubung kes penyerahan kanak-kanak terbabit berdasarka­n laporan pengadu bertarikh 12 April 2018.

Beliau berkata siasatan awal pihaknya hasil temuduga yang dijalankan, pengadu melaporkan bahawa pada 31 Disember 2013 kirakira jam 10 pagi bertempat di kediamanny­a Taman Sungai Labuk di sini, telah dihubungi oleh Puan Ana memaklumka­n kepada pengadu sekiranya ingin dan mahu menjaga seorang kanak-kanak berumur 2 bulan iaitu anak Puan Ana sendiri.

Pada 1 Januari 2014, pengadu telah pergi ke rumah Puan Ana di perumahan flat tidak bernombor, Batu 3 Jalan Bomba Sandakan untuk berjumpa dengan Puan Ana seterusnya mengambil dan menjaga kanak-kanak itu selepas diserahkan kepadanya tanpa sebarang dokumen kanak-kanak berkenaan.

Sehubungan itu, Asmad meminta waris atau sesiapa yang mengenali kanak-kanak berkenaan agar tampil bagi membantu siasatan kes ini.

“Untuk sebarang maklumat mengenai perkara ini, boleh menghubung­i saya di pejabat melalui talian 089-518301,” katanya.

 ??  ?? KANAK-kanak lelaki berumur 5 tahun yang diserahkan ibunya sejak berumur 2 bulan.
KANAK-kanak lelaki berumur 5 tahun yang diserahkan ibunya sejak berumur 2 bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia