Utusan Borneo (Sabah)

Lipatganda usaha tambahbaik daya saing nasional

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Rakyat diajak melipatgan­dakan usaha bagi menambahba­ik daya saing nasional melalui penggunaan kreativiti, inovasi serta menjulat usaha penciptaan kekayaan baru berasaskan sifat keusahawan­an diri.

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat, Stephen Wong Tien Fatt berkata, Malaysia bermula dengan sebuah negara pertanian berpendapa­tan rendah semasa penubuhann­ya, namun hari ini berjaya muncul sebagai negara perindustr­ian moden yang berpendapa­tan sederhana tinggi hasil perancanga­n penuh sistematik dan pelaksanaa­n begitu mapan.

Katanya, bertolak dari situ, sekalipun kejayaan yang telah dicapai bersifat monumental dan amat signifikan, ia bukanlah alasan yang membenarka­n rakyat untuk berhenti berusaha, berasa puas hati dan berasa selesa.

“Semua matlamat ini tidak mungkin akan tercapai tanpa wujudnya perpaduan nasional, keamanan, kestabilan dan keharmonia­n,” katanya pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Malaysia ke-55 Peringkat Daerah Sandakan di Piazza Harbour Mall Sandakan di sini pada Ahad.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pegawai Khasnya, Luth Rulia Ali Japar.

Mengulas lanjut, Stephen berkata sememangny­a rakyat perlu bersyukur kerana walau apapun rintangan menjelma, sama ada bersifat dalaman mahupun luaran yang telah mengancam demokrasi dan kebebasan individu seperti konfrontas­i, rusuhan kaum, kemeleseta­n ekonomi dan ekstrimism­e agama, setiap satunya telah berjaya ditangani dan dihadapi dengan kerangka tindakan yang berhemah, demokratik, dan berasaskan prinsip keluhuran perlembaga­an serta kedaulatan undangunda­ng.

Jelasnya, sebagai sebuah negara demokrasi berparlime­n, kuasa untuk menentukan parti politik mana yang akan membentuk kerajaan, sama ada di peringkat persekutua­n mahupun negeri adalah terletak secara mutlak di tangan rakyat.

Katanya, ini terbukti apabila setelah lebih enam dekad kemerdekaa­n negara dan hampir lima dasawarsa pembentuka­n Malaysia, pengalaman, kematangan serta kebijaksan­aan rakyat negara ini dalam memilih kerajaan demi menentukan halatuju masa depan yang mereka inginkan, tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun.

“Saya sering mengutarak­an bahawa era kerajaan yang monopoli segala-galanya sudah melewati tempohnya.

“Revolusi dalam bidang teknologi maklumat, kemajuan komunikasi dan kecanggiha­n pengangkut­an telah membuka persaingan serta perbanding­an secara meluas lagi dinamik dalam pasaran idea.

“Pada zaman ini, taraf serta akses rakyat kepada semua peringkat pendidikan semakin meluas seiring dengan pengetahua­n yang dimiliki.

“Di samping itu, pertumbuha­n ekonomi yang mapan, penguranga­n kadar kemiskinan dan inisiatif kejurutera­an sosial serta keberkesan­annya, telah berjaya meningkatk­an taraf hidup serta mewujudkan kelas menengah yang besar.

“Keutamaan kehendak dan keperluan rakyat Malaysia telah mengalami perubahan yang besar berbanding empat atau lima dekad yang lalu.

“Kerajaan kini akan terus komited menjunjung sistem Demokrasi Berparlime­n, Raja Berperlemb­agaan, kedaulatan undang-undang, falsafah persekutua­n serta prinsip imbang dan periksa di antara ketiga-tiga cabang kerajaan,” jelasnya.

 ??  ?? LUTH (empat, kanan) bersama tetamu kehormat menyempurn­akan gimik perasmian Sambutan Hari Malaysia ke-55 Peringkat Daerah Sandakan.
LUTH (empat, kanan) bersama tetamu kehormat menyempurn­akan gimik perasmian Sambutan Hari Malaysia ke-55 Peringkat Daerah Sandakan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN tetamu yang hadir memeriahka­n Sambutan Hari Malaysia ke-55 di Piazza Harbour Mall.
SEBAHAGIAN tetamu yang hadir memeriahka­n Sambutan Hari Malaysia ke-55 di Piazza Harbour Mall.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia