Utusan Borneo (Sabah)

Kempen derma darah perlu dipertingk­atkan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kempen derma darah adalah satu pendekatan baik dan perlu diteruskan dari semasa ke semasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karambunai Azhar Matussin berkata, kesedaran menderma darah amat diperlukan bagi menampung kekurangan bekalan darah dalam hospital kerajaan.

“Sikap menderma darah ini adalah satu amalan baik bagi melahirkan komuniti penyayang dan sentiasa membantu masyarakat sekitarnya tanpa mengira bangsa serta agama ke arah mewujudkan integrasi yang lebih kukuh.

“Malah menderma darah ini juga baik untuk kesihatan para penderma,” katanya merasmikan Karnival Derma Darah anjuran Wirawati Parti Warisan Sabah (Warisan) Parlimen Sepanggar di di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Ketua Wirawati Warisan Sepanggar Erzayani Opong yang juga Pengerusi Penganjur program ketika ditemui berkata, pada karnival itu, sebanyak 80 pain jumlah darah dijangka dapat dikumpul.

“Padakarniv­alinijugap­elbagai acara lain turut diadakan, antaranya pertanding­an karaoke, ratu fesyen, makeup, melukis oleh kanak kanak dan sebagainya,” katanya.

Beliau turut menjelaska­n pelbagai program akan dilaksanak­an di Parlimen Sepanggar bagi meningkatk­an kesedaran awam dan juga meningkata­n daya saing serta kemahiran para belia di kawasan itu.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Adun Inanam Kenny Chua, Ketua Warisan Bahagian Sepanggar Mentoh Aru serta tetamu kehormat lain.

 ??  ?? AZHAR (dua kiri) menerima cendera kenangan daripada Erzayani.
AZHAR (dua kiri) menerima cendera kenangan daripada Erzayani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia