Utusan Borneo (Sabah)

Skuad AADK Kota Kinabalu jayakan aktiviti team building

-

KOTA KINABALU: Skuad Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Kinabalu mengadakan satu aktiviti Team Building Batch 1 bersama kira-kira 50 ahli pada Sabtu lalu.

Skuad yang diketuai oleh Pengerusi Skuad AADK Kota Kinabalu Afendih Ambrih turut mengadakan pelbagai program lain seperti aktiviti Plogging di sekitar Pantai Teluk Likas sebagai menyokong World Cleanup Day 2018.

Afendih berkata, program itu adalah satu platform kepada ahli skuad agar terus memberikan khidmat dan peranan selain membantu meningkatk­an kesedaran penyalahgu­naan dadah.

“Selain itu juga aktiviti Latihan DalamKumpu­landanomni­presence turut diadakan di sekitar kawasan Likas dengan mengedarka­n risalah mengenai skuad dan kempen mengajak masyarakat untuk membenci dadah.

“Program sebegini adalah salah satu langkah skuad mengajak lebih ramai belia menyertai AADK Kota Kinabalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata perasmian penutupan program itu disempurna­kan oleh Naib Ketua Wira Warisan Sabah Mohd Ismail Ayob.

Katanya, Ismail turut meminta lebih ramai belia menyertai skuad itu dalam usaha menyebarka­n kesedaran mengenai anti dadah.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kota Kinabalu Lawrence Galleh.

Sehingga hari ini lebih daripada 800 penyertaan ahli baharu di dalam skuad AADK Kota Kinabalu dan sekaligus menjadikan skuad itu antara yang paling aktif menjalanka­n kempen kesedaran penyalahgu­naan dadah.

SIONG HAN

-Oleh YAP

 ??  ?? RAKAMAN gambar kenangan oleh para peserta serta tetamu kehormat.
RAKAMAN gambar kenangan oleh para peserta serta tetamu kehormat.
 ??  ?? ANTARA aktiviti yang diadakan.
ANTARA aktiviti yang diadakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia