Utusan Borneo (Sabah)

Warga Labuan diminta bersatu bina semula negara

-

LABUAN: Menteri Kementeria­n Wilayah Persekutua­n Haji Khalid Abdul Samad meminta seluruh warga Labuan yang berbilang kaum agar bersatu padu dan bersama-sama dengan kerajaan hari ini untuk membina semula nagara Malaysia ke landasan yang sebenarnya.

“Hari ini, kita perlu akui dan menerima hakikat bahawa Malaysia dalam suasana Malaysia yang baharu perlu mengembali­kan semula kegemilang­an itu dalam memastikan negara kita Malaysia berada di landasan yang sebenar dalam memacu ekonominya semula,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sambutan Hari Kebangsaan dan Perarakan Kontinjen Sempena Hari Malaysia Peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan 2018 anjuran Perbadanan Labuan, di Dataran Labuan pagi Ahad.

“Dengan tema Hari Kebangsaan 2018 iaitu ‘Sayangi Malaysiaku’ jelas menggambar­kan bahawa setiap warga Malaysia perlulah menyayangi negara ini walaupun pelbagai duga anyang mendatang khususnya dalam mengembali­kan kegemilang­an negara kita yang pernah di gelar sebagai ‘Harimau Asia’ dalam pembanguna­n ekonomi suatu masa dahulu,” tambahnya.

Katanya, rakyat Malaysia khususnya warga Labuan harus bergerak seiring dengan kerajaan yang ada pada hari ini agar bergemblen­g usaha dan tenaga untuk memastikan Malaysia mampu pulih dan bangun dari kemelut kewangan yang dihadapi sekarang serta bersama-sama membantera­s gejala rasuah dan salah guna kuasa demi kesejahter­aan negara ini.

“Kini bukanlah masanya untuk kita berpecah belah dan saling berbalah disebabkan perbezaan pendapat dan fahaman politik, walau apa dugaan yang merintang, kita tidak boleh berputus asa, sebaliknya harus terus mara ke hadapan untuk memajukan negara ini,” katanya.

Khalid berkata generasi belia masa kini perlu mengambil iktibar tentang coretan sejarah negara yang terjadi agar mereka mampu berfikir secara cerdik dan rasional, serta detik-detik hitam yang terjadi pada masa lalu tidak diulangi semula.

“Ini kerana nikmat kemerdekaa­n yang mereka kecapi pada hari ini perlu dipertahan­kan di atas semangat warganegar­a Malaysia yang bersatu padu dan mencintai keamanan serta menolak elemen berpuak-puak dan rasis dalam kalangan kita,” tegasnya.

Pada sambutan itu, kontinjen Perbadanan Labuan telah dinobat sebagai Kontinjen Terbaik manakala Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan memenangi kategori khas iaitu kontinjen teramai di samping beberapa lagi kategori yang melibatkan 114 kontinjen terbabit dalam perarakan itu.

Turut hadir, Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, Senator Dewan Negara Datuk Bashir Alias, Ketua Setiausaha Kementeria­n Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Adnan Md. Ikshan, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Datuk Azhar Ahmad serta ketua-ketua jabatan kerajaan Persekutua­n.- Penerangan Labuan

 ??  ?? KHALID (tengah) melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali bersama dengan tetamu kehormat dan warga Labuan.
KHALID (tengah) melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali bersama dengan tetamu kehormat dan warga Labuan.
 ??  ?? KONTINJEN Perbadanan Labuan yang telah dinobat sebagai Kontinjen Terbaik merakamkan foto kenangan bersama Khalid dan tetamu kehormat yang lain.
KONTINJEN Perbadanan Labuan yang telah dinobat sebagai Kontinjen Terbaik merakamkan foto kenangan bersama Khalid dan tetamu kehormat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia