Utusan Borneo (Sabah)

Armada Pemuda PPBM sedia bantu Anwar berkempen

- SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Sayap Armada Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersedia berganding bahu membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim turun padang berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan yang akan berlangsun­g tidak lama lagi.

Ketuanya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (gambar) berkata, apa yang mustahak, kerjasama berkenaan diwujudkan bagi memastikan kemenangan pada PRK itu menyebelah­i Parti Pakatan Harapan (PH).

“Saya adalah salah seorang ahli Majlis Presiden PH sebelum pilihan raya lalu dan saya tahu apa yang sudah saya tandatanga­n yang mana memang akan ada peralihan kuasa daripada Tun Dr Mahathir kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita sudah tandatanga­n dan itu adalah antara perkara yang kita persetujui bersama...sebagai anak muda saya pun tidak suka mengingkar­i janji.

“Tun Mahathir pun ada, dia sendiri mengatakan bahawa beliau akan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan saya sebagai Ketua Armada akan bantu sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaik­an Sesi dialog pada Program Unlocking The Power Of Youth People, di sini pada Ahad.

Tambahnya, persetujua­n itu juga dicapai melalui perbincang­an meja bulat antara ahli-ahli Majlis Presiden PH untuk melantik Anwar menjadi Perdana Menteri kelapan.

Bagaimanap­un, beliau menyerahka­n sepenuhnya keputusan kepada parti itu sama ada ingin mengadakan PRKsegeraa­tausebalik­nya.Oleh

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia