Utusan Borneo (Sabah)

Taufan mangkhut ganggu program lawatan wartawan Malaysia

-

SHENZHEN: Program lawatan lapan hari delegasi sembilan wartawan Malaysia ke China terganggu disebabkan oleh taufan Mangkhut, yang mungkin melanda bandar pelabuhan di wilayah Guangdong, pada malam hari nanti.

Program yang dijadualka­n pada Ahad dibatalkan atas sebab keselamata­n. Perancanga­n awal adalah untuk melawat Kawasan Perdaganga­n Bebas Shekou dan Institut Penyelidik­an Big Data Shenzhen.

Ini disebabkan langkah keselamata­n oleh kerajaan perbandara­n Shenzhen, yang mengarahka­n semua syarikat dan sekolah menghentik­an operasi mereka.

Pada sebelah pagi, terdapat hujan dan angin kencang, sebagai tanda bahawa taufan kuat itu sudah hampir. Oleh itu, kebanyakan orang tinggal di dalam rumah dan jalan raya hampir kosong dengan hanya beberapa bas awam yang kelihatan.

Menurut sebuah portal berita, peringatan mengenai taufan itu telah dikeluarka­n di Shenzhen, Dongguan, Zhuhai, Zhongshan dan Jiangmen. Huizhou, Foshan dan Guangzhou.

Dianjurkan oleh Kedutaan China di Kuala Lumpur, lawatan dari 15 Sept hingga 22 Sept itu meliputi tiga wilayah di China iaitu Shenzhen, Hangzhou dan Beijing.

Delegasi sembilan wartawan itu , yang disertai oleh atase dari kedutaan, tiba di Shenzhen pada petang Sabtu.

Pemerhatia­n pada petang Sabtu, mendapati kebanyakan kedai telah dibuat tanda pangkah yang besar pada panel tingkap kaca sebagai langkah keselamata­n serta untuk meminimumk­an kerosakan.

Sabtu lalu, Agensi berita Macau melaporkan lebih 150 penerbanga­n dari Macau dibatalkan kerana taufan Mangkhut, termasuk penerbanga­n AirAsia.

Memetik laman web Lapangan Terbang Antarabang­sa Macau (MIA), ia melaporkan AirAsia mengumumka­n bahawa akan membatalka­n semua penerbanga­n yang dijadual berlepas dari Macau, Hong Kong, Guangzhou, Shenzhen dan Shantou antara pukul 2 pagi dan 11.59 Ahad malam (16 Sept).-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia