Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan Dex-Rac Racing rangkul anugerah FiA Permotoran Wanita

-

PUTRAJAYA: Pasukan Dex-Rac Racing telah mengharumk­an nama negara dalam pertanding­an F1 in School World Final 2018 di Singapura apabila berjaya menerima anugerah FiA Permotoran Wanita.

Dalam kenyataan hari ini Kementeria­n Pendidikan berkata pasukan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan, Pahang itu diwakili Ainul Jannah Hasil, 17, Nur Sabrina Riduan,17, Nur Alia Natasha Amizi,17, dan Sofiyya Nabilah Azuddin Shah, 16.

Menurut kenyataan itu pasukan tersebut berjaya membuktika­n mereka mampu bersaing dengan lebih 50 pasukan dari seluruh negara tanpa gentar, sekali gus menunjukka­n kaum wanita juga layak melibatkan diri dalam kejurutera­an khasnya serta meminati bidang sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik (STEM) dalam membina kerjaya masa depan.

“Terdapat 22 anugerah yang dipertandi­ngkan dalam kejohanan itu dan pasukan Dex-Rac Racing berjaya merangkul satu daripada anugerah berprestij tersebut, dengan menempatka­n pasukan negara sebagai pasukan wanita terbaik dalam kejurutera­an automotif dunia.

“Bukan itu sahaja, Dex-Rac Racing juga telah mendapat tempat kesembilan secara keseluruha­n dan merupakan pasukan Asia yang berada sebaris dengan pasukan Eropah serta melayakkan mereka berada pada kedudukan tiga tempat teratas pencalonan anugerah Innovative Thinking Award dan Resilience Award,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia