Utusan Borneo (Sabah)

113 PATI ditahan dalam operasi di Bintawa

-

KUCHING: Jabatan Imigresen Sarawak menahan 113 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Mega 3.0 di sekitar sebuah kawasan tapak pembinaan di Bintawa, di sini pada Sabtu.

Dalam kenyataan pada Ahad, jabatan itu berkata 112 PATI yang ditahan itu terdiri daripada warga Indonesia iaitu 89 lelaki dan 13 wanita manakala seorang lagi ialah lelaki warga Bangladesh.

Mereka ditahan bagi kesalahan tinggal lebih tempoh yang ditetapkan pas perjalanan, gagal mengemukak­an dokumen perjalanan yang sah dan bekerja tanpa permit yang sah, menurut kenyataan itu.

Menurutnya sebanyak 451 individu diperiksa dalam operasi bermula 11.20 pagi itu yang membabitka­n 45 anggota imigresen dan ia turut disertai Pengarah Imigresen Negeri, Ken Leben dan Ketua Bahagian Penguatkua­saan Imigresen Sarawak, Garry Belayong anak John Siki.

“Selepas menyedari kehadiran pihak penguat kuasa, ramai antara pendatang asing yang sedang bekerja ketika itu cuba melarikan diri dengan bersembuny­i di sebalik timbunan kayu, naik ke atas bumbung dan ada yang menyembuny­ikan diri di dalam parit serta tangki air. Namun ketangkasa­n pegawai operasi berjaya menahan mereka,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia