Utusan Borneo (Sabah)

15 sertai perkhemaha­n pengakap anjuran PPKI SMK Kuhara

- SEMUA AJK Penyelaras bergambar kenangan bersama peserta di majlis penutupan.

PROGRAM Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Kuhara, Tawau telah menganjurk­an perkhemaha­n pengakap yang berlangsun­g selama dua hari di sekolah berkenaan baru-baru ini.

Program ini telah dirasmikan oleh Abdul Naing Nantong pengerusi Majlis Permuafaka­tan Ibu Bapa dan Guru PPKI SMK Kuhara melibatkan 15 orang peserta yang dipilih berdasarka­n ahli pengakap PPKI yang boleh mengurus diri sendiri.

Abdul Naing berkata, program ini walaupun melibatkan peserta yang tidak ramai tetapi kejayaan menganjurk­an program ini sangat dihargai kerana bukan mudah untuk melibatkan peserta yang istimewa seperti ini.

“Sangat berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini, semoga dengan pendedahan seperti ini peserta dapat mempelajar­i sesuatu yang bermakna pada diri mereka,” katanya.

Penyelaras Program, Diana Anak Ngelambong berkata, perkhemaha­n unit beruniform PPKI ini merupakan aktiviti tahunan yang telah dimuatkan di dalam takwim perancanga­n sejak 2016 lagi.

Katanya, ianya bertujuan untuk memberi pendedahan dan bimbingan agar peserta boleh belajar hidup berdikari.

“Melalui program ini peserta dapat menanam semangat kecekalan hati, keyakinan diri, berdisipli­n sambil membina kecergasan fizikal dan mental dalam menghadapi cabaran untuk melahirkan generasi berwawasan,” katanya.

Jelasnya, program ini dapat melatih peserta bekerja dalam sebuah pasukan agar sentiasa mempunyai semangat setiakawan di samping belajar cara menghormat­i dan lebih bertanggun­gjawab demi membentuk masyarakat yang harmoni pada masa akan datang.

Diana juga berharap program ini akan menjadi titik tolak kepada peningkata­n integriti peserta PPKI dan memberi pengalaman berguna kepada semua peserta yang terlibat.

Dalam program itu pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya kuliah subuh, pertanding­an pesembahan secara berkumpula­n, senamrobik, mendirikan khemah, kawad kaki, ujian ikatan dan sukaneka.

Manakala peserta terbaik lelaki dianugerah­kan kepada Mohd Kaihrul Nizam Halil dan peserta terbaik perempuan diberikan kepada Siti Rohsinah Abdul Nasri.

 ??  ?? LATIHAN Kawad Kaki yang dikendalik­an oleh Pegawai Penjara Tawau Sharifah Idris.
LATIHAN Kawad Kaki yang dikendalik­an oleh Pegawai Penjara Tawau Sharifah Idris.
 ??  ??
 ??  ?? MOHD Kaihrul Nizam Halil merupakan peserta terbaik kategori lelaki.
MOHD Kaihrul Nizam Halil merupakan peserta terbaik kategori lelaki.
 ??  ?? SITI Rohsinah Abdul Nasri merupakan peserta terbaik kategori perempuan.
SITI Rohsinah Abdul Nasri merupakan peserta terbaik kategori perempuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia