Utusan Borneo (Sabah)

Taktik penyamaran gagal

APMM berjaya tangkap 18 nelayan asing dari Vietnam, dua kapal dirampas

-

BINTULU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menangkap 18 nelayan asing warga Vietnam dan merampas dua kapal dalam Ops Permai di perairan 61 batu nautika dari Tanjung Kidurong, petang Khamis lalu.

Timbalan Pengarah Zon Maritim (Operasi) Komander Maritim Effendy Mohamed Fadil berkata, nelayan asing terbabit dipercayai cuba mengaburi pihak berkuasa denganmeng­gunakannom­bor pendaftara­n kapal palsu.

Menurut beliau, mereka yang berumur 21 hingga 51 tahun ditahan oleh Kapal Maritim Sri Aman yang melaksanak­an rondaan sekitar jam 5 petang Khamis lepas.

“Kedua-dua kapal nelayan Vietnam itu ditahan kerana disyaki menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu dan menyamar sebagai bot nelayan tempatan serta melakukan aktiviti penangkapa­n ikan di perairan Bintulu.

“Bot bersama nelayan tersebut telah ditunda ke pelabuhan kedua Bintulu untuk siasatan lanjut,” ujarnya mewakili Pengarah Zon Maritim Bintulu dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.

Effendy berkata, dua kapal bersama peralatan menangkap ikan dan hasil tangkapan yang dirampas dianggarka­n bernilai kira-kira RM1 juta.

Kesemuatah­anansertak­apal yang dirampas akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63, tambahnya.

Justeru, beliau menyeru komuniti maritim Bintulu agar terus berhubung dan menyalurka­n apa jua maklumat berkaitan perlakuan jenayah di laut kepada APMM dalam usaha membantera­s kegiatan yang menyalahi undang-undang negara.

 ??  ?? (gambar kiri) DUA kapal nelayan Vietnam yang menyamar sebagai kapal nelayan tempatan dirampas oleh APMM Bintulu.
(gambar kiri) DUA kapal nelayan Vietnam yang menyamar sebagai kapal nelayan tempatan dirampas oleh APMM Bintulu.
 ??  ?? (gambar atas) ANGGOTA APMM memeriksa nelayan Vietnam yang ditahan dalam Ops Permai pada petang Khamis lalu.
(gambar atas) ANGGOTA APMM memeriksa nelayan Vietnam yang ditahan dalam Ops Permai pada petang Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia