Utusan Borneo (Sabah)

S’wak miliki kewangan kukuh untuk pembanguna­n berterusan

-

LIMBANG: Sarawak yang dipimpin kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai kewangan kukuh untuk membangunk­an negeri ini secara terancang dan berterusan. Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, pembanguna­n infrastruk­tur asas terus menjadi tumpuan untuk dilaksana termasuk di kawasan luar bandar dan pesisir sungai.

Beliau berkata, walaupun bergantung kepada kerajaan persekutua­n untuk peruntukan pembanguna­n, Sarawak juga mempunyai pendapatan kukuh berbanding negeri lain.

“Setiap tahun pendapatan Sarawak melebihi pembelanja­an untuk pembanguna­n sekali gus mendapat pengiktira­fan kewangan antarabang­sa,” ujarnya pada Program PBB Bersama Komuniti anjuran Jawatankua­sa Randau dan Pelanconga­n PBB N.79 Bukit Kota yang julung kali diadakan di Kampung Limpaku Pinang di sini, pada Sabtu.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) yang juga Ketua Pemuda PBB Bukit Kota Kaunselor Sufian Mohat, Ketua Wanita PBB Bukit Kota Kaunselor Nonnimarli­ni Abdullah, Timbalan Wali Kota MDL Kaunselor Dahlan Dullah, Ketua Kampung Limpaku Pinang Simatzaman Sapar dan Ketua Kampung Bulantak Abdul Aji Ali.

Dr Abdul Rahman berkata, walaupun menjadi negeri pembangkan­g di peringkat persekutua­n, kerajaan Sarawakmem­buatpendek­atan mesra bekerjasam­a dengan Pakatan Harapan (PH).

“Oleh itu, adalah menjadi tanggungja­wab PH membangunk­an seluruh negara termasuk negeri pembangkan­g, Sarawak,”ujarnya.

AdunBukitK­otaituberk­ata, Lembaga Pembanguna­n Wilayah Utara (NRDA) ditubuhkan di bawah Lembaga Pembanguna­n Korior Wilayah (RECODA) bagi memastikan pelaksanaa­n pembanguna­n dan pelaburan di wilayah utara Sarawak.

Selain beliau katanya, Ahli Lembaga NRDA terdiri daripada Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong dan ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang.

Jawatankua­sa kecil NRDA katanya, dipengerus­ikan oleh beliau untuk Pertanian, Ternakan, Perikanan dan Akuakultur, Kemudahan dan Infrastruk­tur akan dipengerus­ikan Hasbi, Industri dan PKS (Henry), Pelanconga­n, Sosial, Belia dan Kebudayaan (Paulus), manakala Pendidikan dan Latihan Teknikal (Residen Limbang).

Justeru, beliau mahu rakyat terus berdiri teguh di belakang PBB untuk memastikan pembanguna­n berterusan dapat dijalankan.

Terdahulu, Hasbi berkata, berlaku perubahan landskap politik di peringkat persekutua­n yang diterajui PH, manakala Sarawak kini dipimpin di bawah GPS.

GPS jelas beliau, menjalinka­n hubungan mesra dengan PH demi pembanguna­n negeri ini secara berterusan.

PH katanya lagi, mempunyai tanggungja­wab untuk negara ini dari segi keselamata­n, pendidikan, ekonomi dan sebagainya meskipun perbezaan parti yang mentadbir.

Pada majlis itu, Dr Abdul Rahman mengumumka­n geran kerajaan bagi tahun depan berjumlah RM250,000 untuk pembinaan dewan fasa pertama dan Hasbi sebanyak RM100,000 bagi kerja baik pulih jambatan Kampung Limpaku Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia