Utusan Borneo (Sabah)

200 pejuang NCR sertai perhimpuna­n aman di Sibu

-

SIBU: Kira-kira 200 pejuang tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dari beberapa badan bukan kerajaan (NGO) menyertai perhimpuna­n NCR 2.0 di Dataran Bandar Sibu Fasa I, pada Sabtu.

Perhimpuna­n aman itu disertai Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS), Persatuan Pembanguna­n Komuniti Sungai Aya-KejungohAy­an, Persatuan Orang Asal Pang Junan Ulu Ngemah, Persatuan Anak Dayak Sarawak (PERANAK), Rise Of Sarawakian­s, Persatuan BIKA Baram, Persatuan Pembanguna­n Dayak Borneo, Balui Punan Action Committee, Dayak Gempuru dan Terabai Menua (Cawangan Johor Bahru).

Tujuan perhimpuna­n diketuai Bill Jugah dan Corina Bulan itu adalah untuk memprotes keputusan kerajaan negeri mengenai penggubala­n rang undangunda­ng tanah NCR yang baharu berkenaan dengan ‘Usufructua­ry Right.’

“Kenapa kerajaan negeri memperkena­lkan undangunda­ng baharu jika tanah NCR, Pemakai Menoa dan Pulau Galau (PMPG) sudah mempunyai undangunda­ngnya sebelum ini?

“Dayak mempunyai pemimpinny­a tetapi tidak boleh bercakap mengenai hak rakyat.

“Kami bukan mahu menentang kerajaan tetapi ini hak kami bangsa Dayak,” ujar Bill ketika ditemui pemberita di sini, pada Sabtu.

Menurutnya, kaum Dayak sendiri pun masih belum mengetahui dengan jelas mengenai undang-undang baharu tersebut.

“Kamitidakp­uashatiker­ana PMPG adalah kami punya. Ini kerana ia sangat penting bagi Dayak,” tambahnya.

Perhimpuna­n bermula seawal jam 8 pagi itu berlangsun­g dengan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini dan turut diawasi oleh pihak polis.

 ??  ?? ANTARA NGO yang menyertai perhimpuna­n tersebut di Sibu.
ANTARA NGO yang menyertai perhimpuna­n tersebut di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia