Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan pusat diharap terus bekerjasam­a dengan Sarawak

-

BETONG: Kerajaan pusat diharap dapat terus memberi kerjasama baik dengan Sarawak demi manfaat dan keperluan rakyat di negeri ini.

Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berkata, ia termasuk kerjasama bagi membantu merealisas­ikan usaha melengkapk­an jalan perhubunga­n luar bandar di Sarawak.

Menurutnya, kerajaan negeri khasnya di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) menghulur tangan kerjasama kepada kerajaan pusat di bawah Pakatan Harapan (PH) demi manfaat semua rakyat.

“Kita berharap mereka menerima dengan hati ikhlas usaha untuk membangunk­an jalan perhubunga­n luar bandar di negeri ini.

“Sekiranya kerjasama dapat diwujudkan, maknanya kedua-dua pihak boleh sama ‘menghulur’ demi meneruskan agenda utama tersebut dan rakyat akan mendapat lebih manfaat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa lawatan kerja ke Jalan Dit-Blassau dan Kampung Buda yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Saribas Mohammad Razi Sitam, pada Jumaat.

Julaihi berkata, di Sarawak akses jalan perhubunga­n secara keseluruha­nnya bertambah baik, namun kerajaan berusaha untuk meningkatk­annya supaya dapat melengkapk­an akses dengan kualiti lebih baik.

Pada masa yang sama katanya, kerajaan negeri perlu menekankan hubungan baik dan harmoni dengan kerajaan pusat dengan harapan dapat melihat keperluan rakyatnya.

“Saya melihat kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg jelas menjurus ke arah itu,” kata Adun Sebuyau itu.

Sehubungan itu, beliau berharap penduduk tempatan memberi kerjasama dengan memberi sokongan supaya agenda pembanguna­n luar bandar dapat diteruskan.

Berhubunga­n lawatan kerjanya, beliau berpuas hati dengan perkembang­an projek itu selepas dinaik taraf.

Jalan Dit menuju ke Blassau untuk fasa satu telah siap dinaik taraf dan fasa seterusnya menuju ke rumah panjang sejauh empat kilometer masih memerlukan kerja naik taraf.

Manakala, jalan menuju ke Kampung Tanjung Assam juga telah siap dinaik taraf dan jalan dari simpang Tanjung Assam ke Jambatan Sungai Sawit (4.9km) memerlukan peruntukan untuk kerja menurap.

Jalan ke Kampung Buda dari Jambatan Sungai Sawit (4.1 km) juga semakin baik apabila ‘road based’ telah siap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia