Kedai Konsep Sharp Bintulu dibuka rasmi

Kebanyakan produk Sharp dibuat di Malaysia, bebas SST beri nilai lebih baik

Utusan Borneo (Sabah) - - Bisnes -

BINTULU: Kedai Konsep Sharp Bintulu di bawah pengurusan Onn Tien Electrical Trading Company dibuka secara rasminya di Taman Sri Dagang di sini, semalam dengan menawarkan pelbagai peralatan dan kelengkapan elektrik dan elektronik jenama Sharp.

Terdapat enam kedai konsep seumpamanya di bandar-bandar utama di Sarawak termasuk Bintulu yang menyediakan jualan pelbagai produk terbaik dan perkhidmatan berkaitan kepada para pelanggannya.

Semua produk Sharp yang diperkenalkan di Malaysia ada dijual di kedai-kedai konsepnya.

Para pelanggan boleh mendapatkan keterangan lanjut mengenai kedai konsep tersebut daripada kedai konsep Sharp yang ada dan Sharp telah menempuh sejarah 33 tahun di Malaysia merancang untuk memperluaskan rangkaian perniagaannya di negara ini.

Kebanyakan produk Sharp dibuat di Malaysia dan bebas daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), berbanding pelbagai produk yang diimport, Sharp cuba menyerap SST, memberikan nilai yang lebih baik kepada pengguna.

Produk yang ditawarkan merangkumi televisyen, pendingin hawa, mesin basuh, peti sejuk serta mula memperkenalkan AIoT (Artificial Intelligence and Internet of things)kepada pelbagai produk.

Televisyen Sharp dengan panel LCD adalah peti televisyen berkualiti tinggi yang diimport dari Jepun.

Justeru sempena pembukaan kedai konsep ini, tempoh promosi produk Sharp akan berterusan sementara stok masih ada.

Bagi pembelian televisyen di kedai konsep Sharp akan mendapat waranti atau jaminan tambahan satu tahun sehingga warantinya naik daripada dua hingga tiga tahun.

Untuk keterangan lanjut serta untuk mendapatkan produk-produk Sharp, sila kunjungi kedai konsep Sharap di Taman Sri Dagang Bintulu di sini.

JOHNNY (kiri), Ting (lima kiri) dan Lau (dua kanan) dan yang lain merasmikan pembukaan kedai konsep Sharp.

PETI Sejuk Sharp J-TECH Plasmacluster.

ALAT pendingin hawa jenama Sharp.

PETI televisyen jenama Sharp.

PENGUNJUNG (kanan) menerima hadiah cabutan bertuah semasa pembukaan kedai konsep Sharp daripada pihak Sharp.

ORANG ramai mengunjungi kedai konsep Sharp yang baharu dibuka semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.