Utusan Borneo (Sabah)

Niaga hadapan KLCI diniagakan tinggi

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan positif minggu ini dengan sentimen pasaran secara keseluruha­n lebih baik, berikutan keyakinan baharu mengenai perdaganga­n AS-China dan langkah Turki untuk menaikkan kadar faedah.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, September 2018 naik tujuh mata kepada 1,798.0, Oktober 2018 menambah 8.5 mata kepada 1,794.5, Disember 2018 meningkat lapan mata kepada 1,790.0 dan Mac 2019 menokok 12.5 mata kepada 1,787.5.

Jumlah dagangan bagi minggu lepas susut kepada 29,384 lot daripada 33,488 lot, manakala kepentinga­n terbuka naik kepada 30,627 kontrak daripada 27,437 kontrak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia