Utusan Borneo (Sabah)

Kadar jangka pendek kekal stabil minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek berkemungk­inan kekal stabil minggu ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia di dalam pasaran wang bagi menyerap lebihan dana.

Bagi minggu yang baharu berakhir, kadar rujukan Islam semalaman tidak berubah pada 3.19 peratus minggu sebelumnya, manakala kadar satu, dua dan tiga minggu tidak berubah masing-masing pada 3.26 peratus, 3.30 peratus dan 3.35 peratus.

Sementara itu, asas tiga bulan KLIBOR kekal pada 3.69 peratus.

Sepanjang minggu, bank pusat berkenaan mengadakan operasi setiap hari bagi menyerap lebihan kecairan daripada sistem kewangan dengan melaksanak­an tender seperti pasaran wang konvension­al, Qard dan repo.

Asas Jumaat ke Jumaat, jumlah lebihan kecairan dalam sistem konvension­al meningkat kepada RM24.84 bilion berbanding RM23 bilion minggu sebelumnya, manakala di dalam sistem Islam susut kepada RM8.85 bilion daripada RM9.5 bilion. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia