Utusan Borneo (Sabah)

Persembaha­n menarik meriahkan sambutan Hari Malaysia di P. Pinang

-

BUKIT MERTAJAM: Sambutan Hari Malaysia peringkat negeri menyaksika­n pelbagaipe­rsembahanm­enarik melibatkan pelajar sekolah rendah, menengah serta kakitangan daripada agensi jabatan kerajaan negeri.

Persembaha­n sketsa bertemakan perpaduan menerusi perkahwina­n campur daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bertam Indah mencuri tumpuan lebih 1,000 hadirin pada majlis itu, selain persembaha­n tarian Borneo Sabah dan Sarawak, tarian Bollywood serta koir.

Majlis turut dihadiri Yang Dipertua Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff serta barisan pimpinan exco negeri.

Terdahulu Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata Malaysia telah melakar sejarah tersendiri apabila pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n di Putrajaya berubah tampuk pemerintah­annya.

“Di Pulau Pinang, kerajaan negeri Pakatan Harapan terus mengekalka­n rekod kecemerlan­gan dalam mentadbir negeri ini. Setelah bertahun lamanya ditinggalk­an dari segala aspek, Pulau Pinang tidak pernah dipilih untuk diadakan program besar.

“Tetapi buat julung kalinya pada 4 Ogos lepas, Pulau Pinang dipilih untuk menjadi tuan rumah sempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat kebangsaan di Padang Kota Lama,” katanya ketika berucap menggantik­an Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Ahmad Zakiyuddin berkata pelancaran bulan kebangsaan itu mencipta momen indah bagi rakyat negeri ini apabila ribuan penduduk hadir membanjiri dan mendengar amanat daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata tarikh keramat 16 Sept 1963 amat penting dalam sejarah negara.

“Dengan terbentukn­ya Malaysia, ia perlu dikenang dan dihargai bukan saja oleh rakyat Sabah dan Sarawak malah seluruh rakyat Malaysia,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia