Utusan Borneo (Sabah)

Sembilan maut dalam serangan berkembar di Burkina Faso

-

OUAGADOUGO­U: Sekurang-kurangnya sembilan orang awam terkorban dalam serangan berkembar di timur Burkina Faso, negara Afrika Barat yang miskin di mana kumpulan pejuang bertapak sejak beberapa bulan lepas, menurut pihak berkuasa tempatan kelmarin.

“Dua serangan pengganas telah dilakukan di perkampung­an Diabiga dan Kompienbig­a semalaman Jumaat di wilayah timur Kompienga,” menurut gabenor wilayah.

Sumber keselamata­n yang tidak dinyatakan namanya memberitah­u, salah satu serangan telah menyasarka­n tempat tinggal seorang ketua agama Islam dan beberapa orang penduduk Islam yang lain.

“Lima orang termasuk pemimpin tersebut telah terkorban,” menurut beliau, sambil menambah tiga lagi tercedera dalam serangan ke atas rumah bersebelah­an masjid.

Salah seorang yang tercedera kemudian meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

Sementara itu, tiga sekeluarga dibunuh dan dua lagi tercedera angkara serangan pelampau yang menunggang basikal berenjin, menurut seorang lagi sumber keselamata­n.

Sejak 2015, Burkina Faso berdepan peningkata­n keganasan Islamis yang membelengg­u negara jiran Mali dan Niger, yang menurut pakar peningkata­n terbaharu adalah kemungkina­n kesan tekanan terhadap pelampau di sana.

Bandarutam­aOuagadoug­ou dilanda tiga serangan sejak dua tahun lepas menyebabka­n 60 orang terbunuh.

Pada minggu lepas, Presiden Burkinabe Roch Marc Christian Kabore menjanjika­n beberapa langkah keselamata­n baharu bagi menghalang penyangak. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia