Dua maut gara-gara dadah di festival muzik Sydney

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

MELBOURNE: Dua maut, 12 lagi dimasukkan ke hospital dan ratusan mendapatkan bantuan perubatan selepas disyaki mengambil dadah berlebihan semasa festival muzik di Sydney, menurut pihak polis.

Remaja lelaki berusia 23 tahun dan remaja perempuan berusia 21 tahun mati kelmarin selepas pengsan ketika festival Defqon.1, menurut pihak polis.

Dua daripada 13 orang yang dimasukkan di hospital masih dalam keadaan kritikal, sementara kirakira 700 lagi menerima bantuan di tempat kejadian.

Pihak polis mendakwa 10 suspek atas kesalahan bagi membekalkan dadah, termasuk dua remaja yang dikatakan membawa 120 kapsul ke festival yang diadakan di Pusat Regata Antarabangsa Sydney.

Pada 2015, seorang lelaki berusia 26 tahun mati ketika menghadiri festival itu dan pada 2013 seorang remaja lelaki berusia 23 tahun maut, kedua-duanya disyaki mengambil dadah berlebihan.

Pihak penganjur festival muzik tahunan tarian, keasyikan dan teknoi itu yang diadakan di Australia sejak 2009, menyatakan dalam laman sesawang mereka bahawa festival itu tiada toleransi terhadap dadah.

“Kami ingin memastikan anda menyedari bahawa penggunaan bahan haram boleh membawa pelbagai risiko terhadap kesihatan, termasuk kebarangkalian kematian, dan dilarang tegas ketika acara ini,” menurut Defqon.1 dalam kenyataannya. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.