Utusan Borneo (Sabah)

Mangkhut semakin hampir, Macau tutup kasino

-

HONG KONG: Macau menutup semua kasinonya dalam tindakan pertama sedemikian dalam sejarahnya bagi menghadapi Taufan Mangkhut yang semakin dekat semalam, dan pihak berkuasa memberi amaran bahawa wilayah perjudian itu akan mengalami banjir yang teruk.

Kerajaan Macau dikritik hebat oleh penduduk pada tahun lepas kerana gagal mempersiap­kan bandar raya itu sebelum Taufan Hato melanda dan menyebabka­n kerosakan berleluasa selain mengorbank­an 12 orang.

Satu kenyataan daripada pihak berkuasa lewat kelmarin menyebut keputusan untuk menutup 42 buah kasino di Macau diluluskan oleh pemimpin bandar raya dan dipersetuj­ui ketua-ketua perjudian.

“Penggantun­gan operasi perjudian adalah demi keselamata­n pekerja kasino, pelawat ke bandar raya ini dan penduduk,” kenyataan kerajaan itu menyebut.

Kakitangan kasino memberitah­u AFP bahawa tempat akan ditutup sehingga notis selanjutny­a ketika bandar raya itu menaikkan amaran taufan kedua tertinggin­ya.

Biro cuaca Macau berkata amaran taufan itu akan dinaikkan ke tahap tertinggi T10 lewat semalam dengan ribut dan hujan terburuk dijangkaka­n sekitar tengah hari waktu tempatan.

Kedai dan premis perniagaan ditutup dan dilindungi denga beg pasir di seluruh bandar raya itum dan jalan-jalannya, biasanya sesak dengan pelancong, lengang.

Maau, seuah bandar raya separa autonomi di selatan China, terpaksa mendapatka­n bantuan anggota Tentera Pembebasan Rakyat dari tanah besar China yang ditugaskan ke wilayahnya untuk membantu menjalanka­n pembersiha­n besarbesar­an selepas Hato melanda.

Ketua cuaca di bandar raya itu meletak jawatan selepas taufan tersebut, yang terburuk pernah melanda Macau dalam tempoh lebih 50 tahun, dan kerajaan terpaksa memohon maaf kerana gagal utuk membuat persiapan awal secukupnya. — AFP

 ??  ?? PENDUDUK meninjau keadaan banjir akibat ombak ribut menjelang kemaraan Mangkhut di Macau, semalam. — Gambar AFP
PENDUDUK meninjau keadaan banjir akibat ombak ribut menjelang kemaraan Mangkhut di Macau, semalam. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia