Utusan Borneo (Sabah)

Tentera laut Colombia selamatkan 23 kelasi hanyut

-

BOGOTA: Seramai 28 kelasi Jamaica yang melarikan diri daripada kebakaran di atas kapal mereka diselamatk­an tentera laut Colombia di Caribbean, menurut pihak berkuasa kelmarin.

Beberapa kelasi itu menaiki bot nelayan ‘Real Magic’ apabila ia tiba-tiba terbakar pada lewat Khamis atau awal Jumaat, dan mereka telah menggunaka­n rakit keselamata­n sementara menunggu bantuan, kata Laksamana Kanan Juan Francisco Herrera, komander tentera laut di kawasan San Andres dan Providenci­a di Colombia.

Kapten bot berjaya memaklumka­n pihak kedutaan Jamaica menggunaka­n telefon satelit.

Pihak kedutaan telah menghubung­i pihak berkuasa Colombia dan meminta mereka untuk mencari kelasi kemalangan kapal di selatan Cayo Serranilla Island, yang dilakukan dengan bantuan beberapa pesawat Amerika Syarikat (AS).

Sebuah kapal pedagang dari Singapura yang muncul dari terusan Panama menemui mereka, membawa mereka menaiki kapal dan memberikan minuman kepada mereka, sebelum meninggalk­an kelasi tersebut dengan kapal tentera laut Colombia yang telah pergi ke kawasan tersebut, menurut Herrera.

Beberapa kelasi mengalami kelecuran peringkat pertama dan kedua pada bahagian tangan dan kaki, termasuk simptom dehidrasi, menurut pihak tentera laut Colombia. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia