Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 200 sertai acara larian Program Kembara Sihat

100 jenis buah kenderaan sertai Konvoi Kembara

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

BEAUFORT: Lebih 200 peserta mengambil bahagian dalam acara larian sempena Program Kembara Sihat Hari Malaysia Daerah Beaufort 2018 yang diadakan baru-baru ini.

Selain acara larian turut diadakan Konvoi Kembara yang disertai kira-kira lebih 50 buah motosikal berkuasa tinggi termasuk lebih 50 buah kenderaan pacuan empat roda yang memulakan perarakan dari Beaufort kemudian ke Kuala Penyu dan seterusnya ke Pekan Menumbok.

Konvoi Kembara yang disertai lebih 100 buah jenis kenderaan itu telah diketuai oleh Ahli Majlis Tertinggi Parti Warisan Sabah, Johair Matlani yang juga Ketua Wanita Warisan Beaufort.

Program Kembara Sihat Hari Malaysia Daerah Beaufort 2018 telah disempurna­kan oleh Setiausaha Agung Parti Warisan Pusat Loretto Padua Jr.

Loretto dalam ucapan menggesa rakyat

LORETTO bersama tetamu lain mengibarka­n bendera sempena Program Kembara Sihat Hari Malaysia Daerah Beaufort 2018.

supaya mengekalka­n perpaduan diantara masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa demi kebaikan dan keharmonia­n negeri dan negara.

Jelasnya rakyat perlu mengambil peluang dalam sambutan seperti Hari Malaysia untuk terus memperting­katkan perpaduan dalam kalangan rakyat dengan mengisi sambutan itu dengan program-program bermanfaat.

Dalam pada itu, beliau turut menyaranka­n kepada semua kepimpinan Warisan supaya bersatu serta fokus dengan tugas masingmasi­ng bagi memastikan mereka dapat membantu rakyat ke arah yang lebih baik.

“Lupakansoa­lpolitikke­ranakitape­rlufokus terhadap perkara lain terutama bagaimana untuk kita membantu dan menyediaka­n perkhidmat­an dan pembanguna­n untuk rakyat.

“Justeru saya akan datang ke Beaufort sekali lagi untuk bertemu dengan ahli-ahli kita pada Rabu depan secara santai (19 September) bagi berbincang dengan lebih lanjut mengenai sebarang permasalah­an yang timbul.

“Saya juga akan mengadakan perjumpaan santai bersama ahli-ahli di Sipitang sehari sebelum ke Beaufort (18 September) dan saya harap semua ahli dapat hadir pada pertemuan santai itu nanti,” katanya.

Turut hadir pada Program Kembara Sihat Hari Malaysia Daerah Beaufort, Pegawai Daerah Beaufort, Shaid Othman; Ketua Polis Daerah Beaufort, ASP Zulhairi Yahya; Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beaufort, Ainol Mohd Dun serta ketua-ketua dan pegawai Jabatan Negeri dan Persekutua­n.

 ??  ??
 ??  ?? JOHAIR melepaskan peserta Konvoi Kembara sempena Program Kembara Sihat Hari Malaysia Daerah Beaufort 2018.
JOHAIR melepaskan peserta Konvoi Kembara sempena Program Kembara Sihat Hari Malaysia Daerah Beaufort 2018.
 ??  ?? JOHAIR menyampaik­an cenderamat­a kepada Loretto sempena majlis itu.
JOHAIR menyampaik­an cenderamat­a kepada Loretto sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia