Utusan Borneo (Sabah)

Marceeta angkat emas dengan rekod baru lagi

- -Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Marceeta Marylyne Marcus tambah satu lagi pingat emas angkat berat dengan menjuarai acara clean and jerk (c&j) kategori 58kg ke bawah wanita SUKMA XIX Perak di Dewan Merdeka Tapah pada Ahad.

Angkatan 97kg yang dicatatkan­nya dalam acara itu juga adalah rekod baru kejohanan memadamkan rekod lama 96kg.

Ia adalah pingat emas ketiga sekaligus mengotakan sasaran skuad angkat berat ketika beberapa atlet belum lagi beraksi.

Dua pingat emas pertama disumbangk­an Elly Cascandra Engelbert (kategori 53kg ke bawah wanita) dengan salah satu daripadany­a ( acara c&j) juga dengan rekod baru kejohanan pada hari pada Sabtu.

Marceeta memulakan angkatan 91kg yang berjaya dilakukann­ya dan memadai untuk merangkul emas kerana angkataan terbaik pemenang pingat perak, Marthini Chan dari Sarawak hanya 88kg.

Berbaki dua percubaan, Marceeta menaikkan angkatan kepada 97kg dan berjaya melakukann­ya untuk rekod baru kejohanan tetapi percubaann­ya memecahkan rekod kebangsaan 101kg dengan angkatan 102kg pada angkat ketiga tidak berjaya.

Pingat gangsa dimenangi atlet Kedah, Siti Barirrahh Azhari dengan angkatan 87kg.

Pingat emas itu juga menebus kekecewaan gagal melakukan sebarang angkatan dalam acara snatch sebelumnya.

Marceeta gagal ketiga-tiga percubaan angkatan 71kg dalam acara snatch yang dijuarai Siti Barirah dengan angkatan 74kg manakala pingat perak dimenangi Marthini (73kg) dan gangsa dimenanggi Nurul Anis Abdullah dari Perlis (70kg).

Pengurus pasukan, Bell Yasoi gembira dengan sumbangan Marceeta membantu skuad angkat berat mengotakan sasaran tiga pingat emas.

“Saya sangat bersyukur kepada Tuhan...saya sangat berpuas hati kerana kami telah mencapai apa yang disasarkan di SUKMA ini. Kami akan terus cuba yang terbaik dalam baki acara yang atlet angkat berat sertai,” katanya ketika dihubungi di Perak.

Sambil itu, Bell berkata, kegagalan Marceeta melakukans­ebarangang­katan dalamacara­snatchdise­babkan kesilapan strategi.

“Marceeta memang agak lemah dalam acara snatch tetapi mungkin sepatutnya tiada masalah kalau dia bermula dengan angkatan 70kg...semasa pemanasan badan, dia dua kali tanpa masalah melakukan angkatan 68kkg.

“Apabila angkatan petama (70kg) didaftarka­n dinaikkan kepada 71kg, masalah pun bermula. Sepatutnya kekalkan dahulu angkatan 70kg itu sebelum buat strategi baharu.

“Apapun Marceeta telah menebus kekecewaan itu dengan merangkul pingat emas acara c&j dan memahatnya dengan rekod baru kejohanan,” kata Bell.

Seorang lagi peserta angkat berat, Kevdylan Wong menang pingat gangsa dalam acara c&j kategori 69kg ke bawah lelaki dengan angkatan 145kg.

Pingat emas acara ittu dimenangi Muhamad Darul Najmi Dollah (Terengganu 164kg) manakal pingat perak Muhammad Zakaria Azman (Wilayah Persekutua­n 146kg).

Sehingga kelmarin skuad angkat berat sudah menyumbang­kan tiga emas, satu perak dan satu gangsa.

Skuad angkat berat masih ada Caroline Joachim sebagai sandaran emas tetapi dia hanya akan bertanding pada 20 September dalam kategori 90kg wanita.

Bell berharap, atlet lain juga dapat melakukan kejutan. Hari ini hanya Sheren Lueh yang akan bertanding dalam kategori 63kg wanita.

 ??  ?? MARCEETA (dua dari kiri) bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah, Terrance Pudin (dua dari kanan), Presiden Persatuan Angkat Berat Sabah (SWA), Philip Gisan (kiri) dan Bell selepas majlis penyampaia­n hadiah.
MARCEETA (dua dari kiri) bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah, Terrance Pudin (dua dari kanan), Presiden Persatuan Angkat Berat Sabah (SWA), Philip Gisan (kiri) dan Bell selepas majlis penyampaia­n hadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia