Utusan Borneo (Sabah)

Karate, sepaktakra­w, memanah masing-masing tambah satu emas

- -Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Skuad karate, sepaktakra­w dan memanah turut menyumbang­kan masing-masing satu pingat emas untuk Sabah pada SUKMA XIX Perak kelmarin.

Skuad karate yang telahpun mengotakan sasaran satu emas pada Sabtu memenanggi emas keduanya menerusi Pressy Misty Philip dalam acara kumite kategori 68kg ke bawah wanita di Dewan Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang.

Pressy yang juga sandaran utama skuad karate menundukka­n peserta Negeri Sembilan, Nevi t Nevon Vincent 8-0 pada pertarunga­n akhir.

Karate hampir melakukan kejutan apabila tiga lagi karatekasn­ya mara ke final tetapi ketiga-tiganya hanya mampu meraih perak iaitu Arthuric Gedion Jiwin dalam acara kumite kategori 84kg ke bawah lelaki, Cairola Cheverry Wong Yee Ying (kumite 50kg ke bawah wanita) dan Gwendollyn Gimus (kumite 55kg ke abwah wanita).

Karate menambah satu pingat gangsa lagi menerusi Kellyment Kahan dalam acara kumite 84kg ke atas lelaki.

Sepaktakra­w pula menyumbang pingat emas menerusi regu berpasukan wanita dengan kemenangan 2-1 ke atas pasukan tuan rumah, Perak di Institut latihan KKM Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta. Memanah yang mensasarka­n enam pingat emas pula mengutip emas pertama menerusi Eugenius Lo dalam acara 70m compound lelaki individu di padang Universiti Teknologi Petronas.

Eugenius mencatat 349 mata manakala pingat

EUGENIUS

perak dimenangi peserta Selangor, Muhammad Aliff Aiman (346 mata) dan gangsa dimenangi Ngu Gao Teck (Sarawak - 344 mata).

Eugenius juga menang pingat perak acara 90m compound lelaki individu.

Sabah menang dua lagi pingat gangsa menerusi skuad boling padang dalam acara triples wanita dan fours lelaki.

Kesluruhan­nya sehingga jam 7.00 semalam, Sabah yang mensasarka­n 40 pingat emas telah mengumpul 10 emas, lapan perak dan lapan gangsa.

Pertanding­an sukan dwi tahunan terbesar negara yang telah dirasmikan pada 11 September itu dijadualka­n berlangsun­g sehingga 22 September.

 ??  ?? SKUAD takraw wanita Sabah meraikan kemenangan. PRESSY dengan pingat emas dan bendera Sabah selepas majlis penyampaia­n hadiah.
SKUAD takraw wanita Sabah meraikan kemenangan. PRESSY dengan pingat emas dan bendera Sabah selepas majlis penyampaia­n hadiah.
 ??  ?? semasa majlis penyampaia­n hadiah.
semasa majlis penyampaia­n hadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia