Utusan Borneo (Sabah)

Dayang meriahkan konsert ulang tahun ketiga Joox

-

EDISI ke-10 Festival Amerika Latin bertujuan meraikan tempoh sedekad persahabat­an dan pertukaran kebudayaan dengan Malaysia menerusi muzik, gastronomi, tarian serta kraf tangan, kata Duta Besar Mexico ke Malaysia Carlos Felix Corona.

Festival sehari itu, yang merupakan festival kebudayaan Amerika Latin terbesar di

Asia Tenggara, bakal berlangsun­g pada 23 September ini di BB Park Bukit Bintang dari jam 11 pagi hingga 6 petang.

“Festival Amerika Latin ke-10 adalah simbol persahabat­an erat rantau Caribbean dengan Malaysia, selain memperkuku­h hubungan antara kedua-dua negara.

“Acara ini merupakan antara festival kebudayaan yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai di Kuala Lumpur,” katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Acara tahun ini menyasarka­n antara 7,000 hingga 8,000 pengunjung dan akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati sendiri kekayaan, kepelbagai­an serta persembaha­n kebudayaan Amerika Latin dan Carribean yang begitu memukau, selain makanan tradisiona­l dan kraf tangan mereka, kata Corona.

Kedutaan-kedutaan Amerika Latin iaitu Argentina, Brazil, Colombia, Cuba, Ecuador, Mexico, Peru dan Venezuela akan memenuhi gerai mereka dengan makanan serta minuman tipikal, kraf tangan asli dan maklumat pelanconga­n yang menekankan kepelbagai­an etnik serta kebudayaan negara masing-masing.

Aktiviti lain termasuk gerai foto 3D, lukisan wajah dan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah menarik seperti tiket penerbanga­n pergi balik untuk dua orang ke Bogota, Colombia ihsan Turkish Airlines, tablet dan telefon pintar, kata Corona.

Beliau berkata pendapatan yang diperoleh dalam festival itu akan disalur kepada organisasi amal terpilih tahun ini iaitu Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutua­n, yang menawarkan bantuan percuma sepanjang hayat kepada kanakkanak penghidap palsi serebrum menerusi pelbagai perkhidmat­an dan program.

Festival itu anjuran bersama Plaza Low Yat, Hotel Capitol Bukit Bintang Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Persatuan Wanita Amerika Latin di Malaysia, dengan sokongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia