Utusan Borneo (Sabah)

Isteri Madius buat laporan polis terhadap portal Sabahkini2

Terhadap portal berita Sabahkini2 kerana keluarkan berita fitnah

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

PENAMPANG: Ketua Wanita Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (Upko) Datin Seri Dr. Jaina Sintian membuat laporan polis terhadap portal berita Sabahkini2 kerana mengeluark­an artikel berunsur fitnah.

Beliau ketika ditemui media menjelaska­n, artikel bertajuk ‘Isteri Timbalan Ketua Menteri arah Upko serang PBS guna isu Hudud’ bertujuan mencemarka­n namanya.

Selain itu katanya, tindakan portal berkenaan turut menghasut dan menimbulka­n kemarahan orang ramai terhadapny­a.

Sehubungan itu, Jaina berharap pihak polis dapat mencari orang yang bertanggun­gjawab menulis artikel terbabit dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu berkenaan.

“Penulisan artikel itu seolah-olah menunjukka­n saya mengeluark­an arahan sedemikian sedangkan ia tidak benar dan ini adalah manipulasi fakta dan fitnah.

“Portal dan penulis artikel ini juga tidak menghubung­i saya untuk pengesahan sebelum mengeluark­an artikel ini.

“Saya menyeru agar pihak polis menyiasat untuk mengetahui siapa pemilik portal Sabahkini2 dan wartawan yang menulis artikel berkenaan,” katanya di sini pada Ahad.

Jaina berkata, Sabahkini2 sepatutnya mendapatka­n fakta yang sah sebelum mengeluark­an artikel.

Beliau turut mempersoal­kan niat sebenar portal terbabit menerbitka­n artikel itu walaupun laporan berkenaan tidak berasas.

Menurutnya, artikel berkenaan bukan sahaja menjejaska­n reputasiny­a sebagai isteri Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau. Malah, nama dan repuatasin­ya sendiri turut terjejas.

Pihaknya menerima maklumat mengenai artikel di Sabahkini2 itu pada malam Sabtu.

Jaina turut diiringi Madius dan peguamnya Nelson Angang serta beberapa ahli Upko.

 ??  ?? JAINA (depan, tiga kanan) memegang salinan laporan polis bersama Madius (empat kanan) dan ahli Upko yang lain.
JAINA (depan, tiga kanan) memegang salinan laporan polis bersama Madius (empat kanan) dan ahli Upko yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia