Utusan Borneo (Sabah)

Taufan Mangkhut mengganas di Filipina, ragut puluhan nyawa

Mencetuska­n banjir kilat dan kemusnahan, pantai China dalam laluan kemaraanny­a

-

TUGUEGARAO: Taufan Mangkhut membunuh sekurang-kurangnya 25 orang di Filipina ketika ia membadai rumah dan menyebabka­n banjir, dan kini di laluan untuk melanda pantai China.

Taufan besar-besaran itu, yang dianggap paling kuat pada tahun ini, menenggela­mi kawasan pertanian penting dengan air banjir di Pulau Luzon apabila ribut kencang menumbangk­an pokok dan hujan mencetuska­n puluhan kejadian tanah runtuh.

Oleh kerana komunikasi dan bekalan elektrik terputus di kebanyakan tempat di wilayah itu di mana kira-kira lima juta penduduk berada di laluan taufan, pegawai masih menilai kos bahan dan kemanusiaa­n.

Di bandar utara Baggao, taufan itu merobohkan rumah, merobek bumbung dan merosakkan tali elektrik. Beberapa buah jalan putus disebabkan oleh tanah runtuh dan banyak yang masih ditenggela­mi air.

Ladang di seluruh Luzon, yang menghasilk­an sebahagian besar beras dan jagung di negara itu, ditenggela­mi air banjir yang keruh, dengan tanaman yang musnah hanya sebulan sahaja sebelum ia dapat dituai.

“Kami sudah pun miskin dan kemudian taufan ini berlaku kepda kami. Kami sudah putus asa,” kata Mary Anne Baril, 40, selepas tanaman jagung dan padinya rosak dalam taufan itu.

“Kami tidak ada cara lain untuk hidup,” katanya sambil menangis.

Lebih 105,000 orang meninggalk­an kediaman mereka di wilayah luar bandar itu.

Pada purata 20 taufan dan ribut petir melanda Filipina setiap tahun, membunuh ratusan orang dan meninggalk­an jutaan dalam kemiskinan tegar yang hampir tidak putusputus.

Mangsa yang terkorban termasuk ramai yang maut dalam kejadian tanah runtuh, seorang gadis yang lemas dan seorang pengawal keselamata­n yang maut dihempap oleh dinding yang roboh. Selai 10 yang maut di Filipina, seorang wanita dihanyutka­n ke laut di Taiwan.

Taufan paling buruk dalam rekod di negara itu ialah Taufan Super Haiyan, yang menyebabka­n lebih 7,350 orang terkorban atau hilang di bahagian tengah Filipina pada November 2013.

Mangkhut sudah reda sekak ia melanda pantai Filipina kelmarin tetapi membawa ribut selaju 175 kilometer sejam ketika ia bergerak ke pantai selatan China yang penuh dengan penduduk.

Hujan dan ribut kuat membadai Hong Kong pada pagi semalam ketika taufan semakin dekat.

Balai cerap di bandar raya itu memberi amaran bahawa Mangkhut akan melintas 100 kilometer ke selatan Hong Kong pada waktu tengah hari ketika ia meningkatk­an amaran taufan kepada tahap tertinggi.

Paras air di Victoria Harbour yang terkenal dan kampung nelayan dijangka naik setinggi empat meter, kata pihak berkuasa, dan ratusan penduduk sudah dipindahka­n ke pusat pelindugan apabila balai cerap itu meramalkan banjir buruk di kawasan rendah.

Tingkap kedai dilekat dengan pita dan lebuh yang biasa penuh sesak dengan trafik lengang apabila tatkala semakin dekat.

Kerajaan memberi amaran kepada penduduk untuk tinggal di rumah tetapi ada yang berjalan-jalan di taman atau di sepanjang tebingan pada pagi semalam.

“Saya berlari pagi tadi. Saya suka angin segar dan orang tidak ada di lebuh raya, tiada kereta.

“Pada hari biasa, kita tidak dapat melihat ini,” kata Hao Chen, 28, yang tinggal di kawasan kejiranan Tin Hau, di Pulau Hong Kong.

Beberapa penduduk melaporkan bangunan mereka bergoyang ditiup ribut dan taman sudah dikotori cabang patah pada awal pagi.

Hampir semua penerbanga­n keluar masuk Hong Kong sudah dibatalkan.

Persiapan dijalankan dengan giat di pantai selatan China, termasuk Yangjiang, yang biasanya tidak dilanda taufan besar dan di mana 2.4 juta penduduk bersiap sedia untuk dibadai taufan. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR yang dirakam dari udara menunjukka­n kemusnahan rumah-rumah petani di Tuguegarao City, wilayah Cagayan semalam selepas kemaraan Mangkhut. — Gambar AFP
GAMBAR yang dirakam dari udara menunjukka­n kemusnahan rumah-rumah petani di Tuguegarao City, wilayah Cagayan semalam selepas kemaraan Mangkhut. — Gambar AFP
 ??  ?? SEBUAH kereta terkandas dalam banjir di Heng Fa Chuen semasa Mangkhut membadai Hong Kong, semalam. — Gambar AFP
SEBUAH kereta terkandas dalam banjir di Heng Fa Chuen semasa Mangkhut membadai Hong Kong, semalam. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia