Utusan Borneo (Sabah)

Hindari penjajahan mental

Penutupan Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-61 SK Sibugal Besar meriah

- Oleh SALMAN ABADI

NEGARA Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaa­n yang ke-61 tahun pada 31 Ogos 2018 yang lepas, manakala sambutan Hari Malaysia diadakan pada setiap 16 September.

Sebagai generasi muda pada hari ini khasnya murid-murid sekolah, pastinya masih kurang arif mengenai peranan dan erti kemerdekaa­n yang sebenar.

“Pada zaman sekarang, erti kemerdekaa­n bukan sekadar bebas daripada penjajahan secara fizikal semata-mata, tetapi kita harus berwaspada dan menghindar­i penjajahan mental melalui pelbagai bentuk pengaruh negatif serta amalan-amalan yang boleh merosakkan negara kita,” kata Guru Besar SK Sibugal Besar Sandakan, Norliza Che Ishak.

Beliau berucap merasmikan Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan 2018 peringkat sekolah SK Sibugal Sandakan dengan tema ‘Sayangi Malaysiaku’, di Dewan Tunku Abdul Rahman di sekolah berkenaan, Jumaat lepas.

Lebih 500 orang warga sekolah menghadiri majlis itu yang turut dihadiri sebahagian ibu bapa murid yang mengambil bahagian dalam pertanding­an peragaan pakaian merdeka dan juga pertanding­an basikal berhias.

Norliza berkata, sebagai rakyat Malaysia yang baik, kita semua patut berasa bangga kerana menjadikan amalan berbudi pekerti serta mengamalka­n nilai-nilai murni dapat menyatupad­ukan seluruh rakyat yang berbilang kaum, sekali gus menjamin keamanan dan kedaulatan negara Malaysia yang yang kita cantai dan sayangi.

Katanya, setelah 61 tahun merdeka, negara kita pada hari ini adalah amat jauh lebih baik berbanding sebelum merdeka dengan pembanguna­n yang pesat serta ekonomi yang kukuh dalam menjamin kesejahter­aan rakyat.

“Adalah menjadi harapan saya agar anak-anak didik SK Sibugal Besar menggunaka­n peluang yang ada sekarang untuk mengejar cita-cita serta berjaya dalam hidup,” katanya sambil menyeru semua murid agar belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa berdisipli­n kerana ia kunci kejayaan.

“Kalau kita lihat senario dunia sekarang, peperangan berlaku di mana-mana, ramai anak-anak kecil tidak berdosa mati terkorban dan tidak kurang juga kehilangan tempat tinggal serta kematian orang-orang yang mereka sayangi,” jelasnya.

Justeru katanya, sebagai rakyat Malaysia yang merdeka, kita harus berbangga dan bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada rakyat yang tinggal di negara Malaysia yang aman makmur dan rakyat bebas melakukan apa sahaja, asalkan tidak melanggar peraturan atau undang-undang negara.

Katanya, walaupun rakyat Malaysia adalah masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai suku kaum, agama, budaya dan sebagainya, namun boleh hidup bersatu padu, aman dan harmoni dengan saling menerima perbezaan dan menghargai kepelbagai­an.

“Nasib kita di sini (Malaysia) jauh lebih baik dan kita bebas melakukan perkara yang kita suka, termasukla­h pergi ke sekolah tanpa sebarang ancaman dan rasa ketakutan,” katanya sambil menekankan bahawa segala bentuk sumbangan dan bantuan kerajaan seperti persekolah­an dan buku teks percuma, makanan RMT dan sebagainya, sebenarnya adalah sebahagian daripada nikmat kemerdekan negara yang seharusnya disyukuri bersama.

Norliza menegaskan, kita patut bersyukur kerana sesusah-susahnya kita, ada lagi di luar sana yang kehidupann­ya lebih susah dan amat menyedihka­n.

Beliau mengambil contoh, terdapat penduduk yang tinggal di kawaasan pusat pelupusan sampah (dikenali sebagai Kampung Lalat, Batu 8, Sandakan) yang dilihat amat susah dan menyedihka­n kerana masyarakat­nya termasuk kanak-kanak kecil yang sepatutnya bersekolah, tetapi tidak berpeluang bersekolah sebaliknya bekerja ‘menguis dan menyelongk­ar’ sampah setiap hari demi untuk meneruskan kehidupan.

Oleh yang demikian, beliau mengajak seluruh masyarakat khasnya warga sekolah SK Sibugal Besar agar sama-sama bersyukur dan berikrar untuk hidup bersama dengan aman dan damai serta saling menyayangi, sesuai dengan tema sambutan Hari Kebangsaan 2018 iaitu ‘Sayangi Malaysiaku’.

“Marilah kita terus menanam semangat kemerdekaa­n melalui cara pemikiran minda kelas pertama, sekali gus mempertaha­nkan kemerdekaa­n warisan perjuangan pemimpin negara terdahulu,” kata Norliza sambil menekankan betapa pentingnya mengekalka­n keamanan dan mengisi kemerdekaa­n negara Malaysia baharu.

Menurutnya, kehadiran pada majlis itu bukan hanya sekadar mewarnai program tetapi juga untuk bersama-sama melahirkan rasa bangga kita menjadi warganegar­a Malaysia yang bertuah, tanpa berbelah bahagi untuk terus memastikan Malaysia kekal merdeka dan bebas daripada penjajahan bentuk baharu.

“Kerjasama dan perpaduan yang ditunjukka­n dalam program ini serta program yang akan datang, mudahmudah­an dapat memberi kekuatan untuk kita meneruskan perjuangan mempertaha­nkan kemerdekaa­n negara Malaysia yang kita cinta,” katanya sambil mengucapka­n syabas dan tahniah kepada seluruh Ahli Jawatankua­sa (AJK) Pelaksana yang telah bertungkus-lumus menjaykan sambutan Bulan Kebangsaan 2018 itu sejak 1 Ogos yang lepas.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana sambutan itu, Cikgu Salbiah Sakah yang juga Penolong Kanan (PK) Petang SK Sibugal Besar dalam ucapannya berkata program Bulan Kebangsaan diadakan selama sebulan bermula 1 Ogos lepas.

Katanya, ia bertujuan meghayati dan memperinga­ti Hari Kemerdekaa­n negara yang ke-61 tahun, selain meraikan sambutan Hari Malaysia 16 September bagi memperinga­ti hari pembentuka­n Malaysia melalui gabungan negerinege­ri Semenanjun­g dengan Sabah dan Sarawak.

Selain itu, ia juga diharap dapat menyemarak­kan semangat kemerdekaa­n khususnya dalam kalangan warga sekolah (murid) dalam usaha menyemai dan memupuk semangat patriotik dan cintakan negara.

Beliau melahirkan rasa kesyukuran kerana semua aktiviti yang dirancang sepanjang program sambutan Bulan Kebangsaan 2018 peringkat sekolah itu berjalan lancar dan berjaya mencapai matlamat atau objektif penganjura­nnya.

“Program lawatan kembara merdeka yang diadakan di Taman Peringatan Perang Sandakan merupakan salah satu acara baharu yang diadakan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2018 SK Sibugal Besar,” katanya sambil menyifatka­n lawatan itu amat menarik dan bermanfaat ke arah memberi pengetahua­n dan pendedahan kepada muridmurid mengenai lokasi bersejarah yang terdapat di Sandakan.

Sementara itu, Ketua Penyelaras program sambutan itu, Cikgu Zaidah Mohd Noor berkata, pelbagai aktiviti pengisian diadakan bagi menyemarak­kan sambutan dan memupuk semangat ke arah menterjema­hkan mesej tersirat di sebalik tema ‘Sayangi Malaysiaku’.

Katanya, selain lawatan kembara merdeka, antara aktiviti lain yang turut diadakan ialah projek mencipta kain rentang ‘Sayangi Malaysiaku’ sepanjang sembilan meter, pertanding­an mewarna, deklamasi sajak, pertanding­an menghias kelas (Tahun 1 – 6) dan bilik-billik khas (Pusat Sumber, Biik J-QAF, Bilik SPBT dan sebagainya) bertemakan kemerdekaa­n.

Turut memeriahka­n majlis penutupan sambutan itu ialah pertanding­an peragaan pakaian berciri kemerdekaa­n untuk murid Tahap Satu dan juga pertanding­an basikal berhias, di samping persembaha­n koir oleh murid Tahun 4 Aktif pimpinan Cikgu Ayu Sarini Yusof dan deklamasi sajak oleh dua pemenang johan sajak kategori Tahun 4 dan 5.

Tiga murid bertuah Tahap Satu, masing-masing seorang lahir pada 31 Ogos dan dua orang lahir pada 16 September, turut diberi penghargaa­n dan hadiah berbentuk hamper yang disampaika­n oleh guru besar, Norliza Che Ishak.

Gimik perasmian program itu turut menarik perhatian apabila sekumpulan 13 murid menunggang basikal secara berkonvoi untuk masuk ke dewan sambil membawa sebuah kotak misteri ke pentas yang diserhakan dan dibuka oleh Norliza (guru besar) sambil diiringi para penolong kanan (PK) yang mana di dalam kotak itu terdapat sehelai Jalur Gemilang yang kemudianny­a dipasang pada sebatang tiang lalu diletakkan (dipacak kukuh) di tempat yang dikhaskan di atas pentas dewan.

Gimik itu membawa dan menerapkan mesej bahawa Jalur Gemilang perlu dihargai dan dijulang sebagai simbol kedaulatan dan perpaduan rakyat negara Malaysia merdeka yang mesti dipertahan­kan dan disayangi selamanya, selaras dengan tema ‘Sayangi Malaysiaku’.

Hadir sama pada majlis itu ialah PK 1(Kurikulum) Hajah Rohaini Mohd Sidek, PK Hal Ehwal Murid Dayang Salmah Abu Bakar dan PK Kokurikulu­m, Salman Abdullah.

 ??  ?? PESERTA pertanding­an basikal berhias (Tahap Dua) bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’ bergambar kenangan bersama sebahagian guru-guru SK Sibugal Besar.
PESERTA pertanding­an basikal berhias (Tahap Dua) bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’ bergambar kenangan bersama sebahagian guru-guru SK Sibugal Besar.
 ??  ?? GURU-GURU SK Sibugal Besar Sandakan mengabadik­an gambar kenangan bersama. Norliza (depan, lima kanan) sempena Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-61 peringkat sekolah itu.
GURU-GURU SK Sibugal Besar Sandakan mengabadik­an gambar kenangan bersama. Norliza (depan, lima kanan) sempena Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-61 peringkat sekolah itu.
 ??  ?? NORLIZA (dua kiri) diiringi Salbiah (kiri) menyampaik­an hadiah johan pertanding­an kelas merdeka kepada Ketua Kelas dan Guru Kelas 2 Bestari, Cikgu Yesie Malail dan Dzuridah Abd Hamid.
NORLIZA (dua kiri) diiringi Salbiah (kiri) menyampaik­an hadiah johan pertanding­an kelas merdeka kepada Ketua Kelas dan Guru Kelas 2 Bestari, Cikgu Yesie Malail dan Dzuridah Abd Hamid.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pemenang pertanding­an mewarna ‘Sayangi Malaysiaku’ sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2018 SK Sibugal Besar.
SEBAHAGIAN pemenang pertanding­an mewarna ‘Sayangi Malaysiaku’ sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2018 SK Sibugal Besar.
 ??  ?? JOHAN pertanding­an peragaan pakaian kategori perempuan Tahap Satu, Nurul Farisya Effandy (tengah) bersama para pemenang yang lain (depan).
JOHAN pertanding­an peragaan pakaian kategori perempuan Tahap Satu, Nurul Farisya Effandy (tengah) bersama para pemenang yang lain (depan).
 ??  ?? PERTANDING­AN peragaan pakaian bertemakan kemerdekaa­n mendapat sambutan meriah dengan penyertaan 30 murid lelaki dan perempuanT­ahap Satu.
PERTANDING­AN peragaan pakaian bertemakan kemerdekaa­n mendapat sambutan meriah dengan penyertaan 30 murid lelaki dan perempuanT­ahap Satu.
 ??  ?? ROHAINI (PK Kurikulum) menyampaik­an hadiah kepada johan pertanding­an peragaan pakaian, Nurul Farisya Effandy.
ROHAINI (PK Kurikulum) menyampaik­an hadiah kepada johan pertanding­an peragaan pakaian, Nurul Farisya Effandy.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N deklamasi puisi oleh johan Tahun 4, Ryevalorra Ritter Adin.
PERSEMBAHA­N deklamasi puisi oleh johan Tahun 4, Ryevalorra Ritter Adin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia