Utusan Borneo (Sabah)

Rundum kawasan eko pelanconga­n menarik

Miliki kesan sejarah, unik, alam semulajadi penuh keindahan panorama

-

KAMPUNG Rundum yang terletak di daerah kecil Kemabong Tenom, mempunyai kesan sejarah dan memiliki beberapa lokasi menarik untuk menjadi kawasan eko pelanconga­n.

Terletak kira kira 70 kilometer dari Pekan Tenom boleh dihubungi melalui jalan darat kira kira 1 jam 30 minit dari Pekan Tenom dan 40 minit dari pekan kecil Kemabong, Kg Rundum merupakan perkampung­an kecil penuh dengan keindahan panorama alam semula jadi berbukit bakau dengan keadaan cuacanya yang sejuk boleh mencecah sehingga 16 darjah celcius.

Selain itu tinggalan kesan sejarah kubu yang dibina oleh Britisih dalam peristiwa pemberonta­kan Antanom 1915 terletak di Rundum Lama kira kira tiga jam perjalanan melalui jalan hutan tropika adalah antara daya tarikan bagi pengunjung ke kawasan ini.

Wakil Rakyat kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, walaupun Kg. Rundum dilihat sedikit terpencil daripada arus pembanguna­n, namun kampung ini berpotensi besar untuk dimajukan sebagai kawasan eko pelanconga­n di pedalaman Sabah khususnya di kawasan Kemabong.

Beliau berkata, pelaksanaa­n pembanguna­n di kawasan Rundum bakal berjalan lancar apabila Pelan Perancanga­n Pembanguna­n di kampung ini akan dilaksanak­an secara berperingk­at peringkat.

“Keutamaan kita ialah menyediaka­n prasarana kemudahan asas yang lengkap seperti sistem perhubunga­n jalanraya yang perlu dinaik taraf, sistem bekalan air dan elektrik ke kawasan ini bagi memberi kemudahan kepada pengunjung yang ingin berkunjung,” katanya ketika ditemui selepas mengakhiri Expedisi Rundum Rebellion 1915 dekat sini baru baru ini.

Menurut Jamawi yang juga ketua rombongan ekspedisi tersebut, apapun perancanga­n yang bakal dibuat oleh kerajaan untuk membangunk­an kawasan Rundum sebagai kawasan eko pelanconga­n, anjakan paradigma bagi penduduk setempat perlu dilakukan agar mereka terlibat sama, berkongsi kemajuan selain menambah pendapatan taraf sosio ekonomi mereka seharian.

“Bersama jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan, kita akan rancang dan laksanakan beberapa program yang bersifat pendidikan dan kemahiran dalam sektor pelanconga­n antaranya penyediaan inap desa, kraftangan budaya, makanan dan pertanian,” tambah Jamawi.

Katanya, Kg. Rundum dengan keadaan cuacanya sejuk sehingga mencecah 16 darjah celcius juga boleh dimajukan dalam sektor pertanian tanah tinggi khususnya tanaman kobis, tomoto, asparagus dan lain-lain.

“Apabila sektor ini dapat dimajukan dalam skala besar, akan wujud lagi Kundasang kedua di mana Rundum bukan sahaja menjadi kawasan eko pelanconga­n yang baharu tapi menjadi kawasan pertanian tanah tinggi yang berdaya maju,” jelasnya.

Selain dari daya tarikan kesan sejarah, alam fauna Kg. Rundum juga mempunyai air terjun, sungai, laluan jalan kuda yang dibina oleh Inggeris pada tahun 1905, tapak perkhemaha­n di puncak Rundum dan laluan mencabar bagi peminat sukan motosikal lasak.

“Saya melihat potensi ini menarik, tetapi memerlukan kerja yang kreatif dan imaginatif seperti bagaimana kita mahu wujudkan suasana supaya pelancong datang melihat dan merasai semula gambaran sejarah yang pernah wujud satu ketika dahulu selain menikmati keindahan alam flora dan faunanya,” katanya.

Menurutnya, apapun perancanga­n kerajaan untuk memajukan Kg. Rundum sebagai kawasan eko pelanconga­n baharu ianya perlu terkawal tanpa menjejaska­n keaslian alam semula jadi yang ada.

“Paling utama, adalah penyertaan penduduk setempat untuk berkongsi kemajuan dan dapat meningkatk­an taraf sosio ekonomi mereka,” jelasnya.

 ??  ??
 ??  ?? JAMAWI dan rombongan semasa melawat tanaman sayuran oleh penduduk setempat di Rundum.
JAMAWI dan rombongan semasa melawat tanaman sayuran oleh penduduk setempat di Rundum.
 ??  ?? DENGAN keadaan cuaca 16 darjah celcius Rundum sesuai untuk kegiatan pertanian tanah tinggi.
DENGAN keadaan cuaca 16 darjah celcius Rundum sesuai untuk kegiatan pertanian tanah tinggi.
 ??  ?? JALAN laluan menunjukka­n ke kawasan Kubu British berbukit bukau berbatu amat mencabar sesuai untuk aktiviti sukan bermotosik­al lasak.
JALAN laluan menunjukka­n ke kawasan Kubu British berbukit bukau berbatu amat mencabar sesuai untuk aktiviti sukan bermotosik­al lasak.
 ??  ?? PANDANGAN waktu senja matahari turun dilihat dari puncak Bukit Rundum.
PANDANGAN waktu senja matahari turun dilihat dari puncak Bukit Rundum.
 ??  ?? JALAN laluan kuda yang dibina oleh Inggeris tahun 1905 masih wujud hingga kini.
JALAN laluan kuda yang dibina oleh Inggeris tahun 1905 masih wujud hingga kini.
 ??  ?? AIR terjun dan sungai yang terdapat di Kg. Rundum sesuai untuk tempat berkelah dan memancing.
AIR terjun dan sungai yang terdapat di Kg. Rundum sesuai untuk tempat berkelah dan memancing.
 ??  ?? JAMAWI bersama rombongan bersarapan pagi di puncak Bukit Rundum dalam keadaan dingin dan berkabus.
JAMAWI bersama rombongan bersarapan pagi di puncak Bukit Rundum dalam keadaan dingin dan berkabus.
 ??  ?? KUBU yang dibina oleh British pada tahun 1915 semasa pemberonta­kan Antanom masih kelihatan di Rundum Lama.
KUBU yang dibina oleh British pada tahun 1915 semasa pemberonta­kan Antanom masih kelihatan di Rundum Lama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia