Utusan Borneo (Sabah)

Jambatan baharu bakal manfaatkan dua rumah panjang

Peruntukan RM100,000 disedia untuk ganti jambatan lama penghubung Rumah Michael Willie dan Wellis Jarrau

-

BETONG: Lebih 200 penduduk dua rumah panjang di Sebangkoi menarik nafas lega selepas permohonan menggantik­an jambatan lama diluluskan.

Jambatan baharu dengan peruntukan RM100,000 tersebut bakal menjadi kenyataan selepas tender terbuka diumumkan awal bulan depan dan dijangka siap dalam tempoh dua bulan.

Perkara tersebut diumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa dalam tinjauan segera pada Sabtu selepas dimaklumka­n bahawa jambatan belian sebelum ini rosak akibat banjir barubaru ini.

“Kesulitan yang mereka alami segera mendapat

ADUN Engkilili

perhatian saya kerana jambatan ini satu-satunya jalan penghubung Rumah Panjang Michael Willie dan Wellis Jarrau yang terletak di seberang sungai,” ujarnya.

Dr Rayong berkata, setiap masalah yang membelengg­u rakyat adalah masalah beliau dan perlu diberi perhatian sejajar peruntukan yang disediakan kerajaan negeri.

“Ini membuktika­n setiap masalah rakyat sentiasa diberi perhatian sewajarnya sejajar polisi Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang menumpukan pembanguna­n di kawasan luar bandar negeri ini.

“Kita mempunyai dana mencukupi untuk pembanguna­n dan tiada masalah pada peringkat pembiayaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu rakyat sentiasa bersamanya menyokong kepimpinan Abang Johari terutama dalam memperjuan­gkan hak MA63 yang terhakis sejak 55 tahun lalu.

Ia juga untuk memastikan kerajaan persekutua­n pimpinan Pakatan Harapan (PH) menunaikan manifesto mereka terutama berkaitan 20 peratus royalti minyak dan bukan berdasarka­n keuntungan seperti diumumkan mereka barubaru ini.

“Cukuplah kita dianaktiri­kan kerana jika dibandingk­an dengan negerinege­ri di Semenanjun­g, kita jauh ketinggala­n dan perbezaan pembanguna­n Semenanjun­g dan Sarawak wajar dirapatkan,” tegasnya.

Sementara itu, Tuai Rumah WilliedanW­ellismenza­hirkan penghargaa­n tidak terhingga atas penggantia­n jambatan belian kepada jambatan besi yang lebih kukuh dan selesa.

“Sudah pasti anak-anak buah kedua-dua rumah panjang ini terhutang budi dan berterima kasih kepada YB Johnical yang sangat prihatin keluh kesah rakyat,” ujar Wellie kepada Utusan Borneo.

“Selama ini, masalah kami tidak pernah diabaikan justeru kami akan menyokong beliau selagi mewakili DUN Engkilili kerana beliau bukan sahaja anak tempatan malah sentiasa bersama kami tidak kira senang atau susah.”

Hadir mengiringi beliau melawat jambatan runtuh tersebut ialah Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Betong Steward Ludan, tuaituai rumah dan penduduk dari Rumah Willie dan Wellis Jarrau.

“Kesulitan yang mereka alami segera mendapat perhatian saya kerana jambatan ini satu-satunya jalan penghubung Rumah Panjang Michael Willie dan Wellis Jarrau yang terletak di seberang sungai.

DR JOHNICAL RAYONG NGIPA

 ??  ?? DR Rayong mendengar penerangan daripada Steward (dua kanan) berkenaan jambatan lama sambil diperhatik­an Willie (kanan) serta yang lain di Sebangkoi.
DR Rayong mendengar penerangan daripada Steward (dua kanan) berkenaan jambatan lama sambil diperhatik­an Willie (kanan) serta yang lain di Sebangkoi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia