Utusan Borneo (Sabah)

Penjaga kedai dicekup, jual nilai tambah kredit judi

-

SIBU: Seorang penjaga kedai runcit ditahan polis selepas disyaki menjalanka­n aktiviti penjualan tambah nilai kredit berunsur perjudian di Jalan Then Kung Suk 5 di sini, pagi Sabtu.

Bertindak atas maklumat, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu diketuai Inspektor Hairul Hussin menangkap suspek lelaki terbabit, 27, semasa berada di kaunter kedai runcit itu sekitar jam 11.40 pagi.

Polisturut­merampasse­buah telefon bimbit milik suspek yang dipercayai digunakan untuk menjalanka­n aktiviti tambah nilai kredit judi dan sejumlah wang tunai.

Lelaki terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan tersebut.

“Pihak kami akan mendapatka­n laporan pakar perjudian sebelum mengemukak­an pertuduhan terhadap suspek,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia