Utusan Borneo (Sabah)

Ragbi wanita lakar sejarah rangkul emas

- VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Sabah mencipta sejarah muncul juara ragbi wanita buat julung kalinya di SUKMA XIX Perak.

Skuad ragbi wanita melakar sejarah itu dengan menumpaska­n Selangor 310 pada perlawanan akhir di Stadium Ragbi Perak, Kompleks Bandaraya Ipoh (MBI) pagi kelmarin.

Sabah bermula garang apabila mendahului 19-0 di separuh masa pertama menerusi tiga try dan dua conversion.

Selangor cuba bangkit selepas rehat tetapi skuad Sabah kendalian bekas pemain All Blacks, Brad Mika ternyata terlalu kuat untuk digugat.

Sabah malahan terus menguasai permainan dan menambah mata menerusi dua try dan satu conversion bagi mengesahka­n kemenangan selesa 31-0.

Sebelum itu, Sabah menundukka­n Wilayah Persekutua­n 24-0 pada aksi suku akhir dan seterusnya mengecewak­an Johorr 22-0 pada separuh akhir untuk bertemu Selangor di final.

Bagaimanap­un skuad ragbi lelaki Sabah mengalami nasib berbeza apabila sekadar muncul juara kategori bowl atau secara keseluruha­n di tempat kesembilan.-Oleh

 ??  ?? SKUAD ragbi wanita merakamkan reaksi gembira selaku juara baru.
SKUAD ragbi wanita merakamkan reaksi gembira selaku juara baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia