Utusan Borneo (Sabah)

Sabah lawan Pahang malam ini

- -Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Perlawanan Kumpulan D Piala Malaysia antara Sabah dan Pahang yang sepatutnya berlangsun­g di Stadium Likas semalam telah ditunda kepada malam ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Alijus Sipil berkata, venue dan masa sepak mula sama iaitu di Stadium Likas pada jam 8.15 malam.

Penundaan itu adalah bagi menghormat­i Hari Malaysia di mana Sabah menjadi tuan rumah di Padang Merdeka semalam yang turut dihadiri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Alijus berkata, mereka yang telah membeli tiket untuk menyaksika­n perlawanan yang sepatutnya berlangsun­g semalam boleh digunakan untuk menyaksika­n perlawanan malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia