Utusan Borneo (Sabah)

Perancis melangkah ke final Piala Davis

-

PARIS, Perancis: Kapten Perancis, Yannick Noah berkata beliau “selayaknya segelas bir” untuk meraikan pasukannya yang juga juara bertahan ketika menewaskan Sepanyol untuk melangkah ke final Piala Davis buat kali berturut-turut Sabtu lepas.

Siapalawan­Perancispa­daperlawan­an bulan November depan hanya akan diketahui lewat dengan Amerika Syarikat (AS) memenangi acara bergu untuk merapatkan kedudukan ketinggala­n 1-2 ketika menentang Croatia.

Pemain veteran, Julien Benneteau dan Nicolas Mahut mengesahka­n mata kemenangan Perancis dengan menewaskan bergu Feliciano Lopez dan Marcel Granollers 6-0, 6-4 dan 7-6(9/7).

Iamemberik­anPerancis­pendahulua­n selesa 3-0, menjadikan baki dua perlawanan perseorang­an tidak memberikan sebarang kesan.

“Ini adalah aksi tenis terbaik yang saya lihat dari pasukan saya dalam tempoh tiga tahun,” kata Noah, juara Terbuka Perancis pada 1983.

“Saya tidak minum bir selama seminggu – jadi saya selayaknya segelas bir!”

Noah memuji sepenuhnya bergu kemenangan­nya.

“Cara mereka bermain hari ini adalah sangat bagus sekali,” kata Noah.

“Benneteau mungkin pemain terbaik dalam gelanggang dan sikap beliau cukup luar biasa.”

Benneteau kembali dari persaraan untuk berkhidmat kepada negaranya pada perlawanan di Lille.

“Ia satu kemungkina­n di mana ia adalah perlawanan terakhir dalam karier saya,” kata Benneteau.

“Dan sememangny­a ia cara yang hebat untuk menamatkan­nya!”

Tetapi ada peluang di mana beliau akan diturunkan di final kejohanan yang akan bertukar kepada format dan nama baharu, Piala Dunia Tenis pada tahun hadapan. -AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia