Utusan Borneo (Sabah)

Jamdin dan Andy peneraju Kg. Laut

-

PAPAR: Sidik Moksin yang digandingk­an dengan Miming Am di bahagian serangan membuahkan hasil apabila masing-masing menjaringk­an gol untuk pasukan Kelab Wirajaya ketika menewaskan pasukan Kg. Laut 6-4 di Padang Pekan Papar baru-baru ini.

Kedua-dua pemain ini yang sentiasa mengucar-kacirkan benteng lawan dari awal minit permainan hingga memaksa penjaga gawang Kg. Laut menyelamat­kan sekurang-kurangnya 15 percubaan tepat ke gawang namun hanya 2 dapat diterjemah­kan ke dalam gol dari kedua pemain ini yang dianggap ‘pemain paling merbahaya’ pada malam tersebut. Selain itu, Wirajaya juga mendapat khidmat pemain jemputan dari Lingkungan terdiri dari Mazlan, Jakaria dan Satia yang juga masing-masing menjaring gol pada malam itu yang memperliha­tkan perlawanan begitu seimbang bagi kedua-dua pasukan.

Tidak ket- inggalan Mazlan Matbee turut menyumbang gol bagi Wirajaya hasil tendangan deras dari jarak 3 0 meter pada minit ke 85. Manakala pasukan Kg.Laut yang diterajui oleh Jamdin Siman selaku penyerang yang lincah tampil dengan bergaya apabila menjaringk­an 2 gol bersama Ag. Damit Hashim dan Hj.Amdan Hj.tarip @Andy hasil hantaran Sabdin Siman yang juga merupakan pemain yang digeruni suatu masa dulu dari sudut sukar pada masa-masa kecederaan.

Jamdin ketika ditemui berkata, aktiviti yang diadakan pada malam ini dapat merapatkan lagi tali persaudara­an antara pemain tanpa mengira agama dan bangsa bersama masyarakat setempat.

Beliau juga memuji kepimpinan Kelab Wirajaya yang sudah lama ditubuhkan dan hingga kini masih aktif dalam beberapa acara sukan seperti bolasepak dan badminton walaupun kebanyakan­nya sudah veteran.

“Inilah satu contoh bagi kita untuk sama-sama menjaga kesihatan dengan bersukan,” tambahnya.

Di akhir perlawanan Wirajaya mengadakan penyampaia­n anugerah kepada Mazlan Osli selaku Pemain Terbaik, Jakaria Hj. Jaidin (Pemain Jemputan) serta Jamdin Siman dianugerah­kan sebagai Pemain Sensasi sepanjang perlawanan.

 ??  ?? NAIB Presiden Safa Papar Ag. Damit @ Buchu (tiga kanan) merakamkan gambar bersama pemain legenda Kg.Laut (dari kanan) Haslim, Sabdin, Jamdin, Ag. Damit dan Andy.
NAIB Presiden Safa Papar Ag. Damit @ Buchu (tiga kanan) merakamkan gambar bersama pemain legenda Kg.Laut (dari kanan) Haslim, Sabdin, Jamdin, Ag. Damit dan Andy.
 ??  ?? MALAI Amat (kanan) menyampaik­an hadiah cabutan tiket bertuah kepada Majid sambil diperhatik­an oleh Mazlan Matbee (tengah).
MALAI Amat (kanan) menyampaik­an hadiah cabutan tiket bertuah kepada Majid sambil diperhatik­an oleh Mazlan Matbee (tengah).
 ??  ?? MAZLAN Osli (kanan) menerima cenderahat­i dari pengurus Wirajaya Masri.
MAZLAN Osli (kanan) menerima cenderahat­i dari pengurus Wirajaya Masri.
 ??  ?? PASUKAN Wirajaya merakamkan gambar sebelum perlawanan.
PASUKAN Wirajaya merakamkan gambar sebelum perlawanan.
 ??  ?? PEMAIN jemputan (dari kiri) Jakaria, Mazlan, Satia dan Azni.
PEMAIN jemputan (dari kiri) Jakaria, Mazlan, Satia dan Azni.
 ??  ?? BARISAN pasukan Kg. Laut.
BARISAN pasukan Kg. Laut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia