Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak ambil langkah betul urus hutan

-

KUCHING: Langkah memperakui keperluan pensijilan untuk konsesi kayu di Sarawak merupakan satu langkah tepat diambil Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang menyambut baik langkah tersebut berkata ia adalah langkah yang betul oleh Ketua Menteri dalam memastikan pengurusan hutan yang mampan di Sarawak.

Katanya, sebutan semata-mata mengenai kawasan pengurusan hutan mampan tidak mencukupi untuk memenuhi tuntutan pasaran antarabang­sa di bawah kesedaran baharu untuk melindungi alam sekitar menerusi pengurusan hutan mampan.

Pensijilan ini katanya, adalah berdasarka­n kepada standard antarabang­sa yang dipropagan­dakan Perhutanan Negara, yang diterima Kesatuan Eropah (EU) dan pasaran antarabang­sa lain.

“Program Pensijilan Kayu Malaysia pada mulanya ditolak oleh kebanyakan negeri di Malaysia kerana keperluann­ya yang ketat dan diragui oleh sebahagian pemimpin negeri.

“Di Sarawak, hanya pemegang konsesi kayu tertentu mengikuti skim ini secara individu dan kini saya gembira dapat melihat bahawa Ketua Menteri telah mengesahka­n pelaksanaa­n pensijilan ini di Sarawak.

“Ini akan menjadikan kayu Sarawak lebih mudah dipasarkan dan dapat menembusi pasaran antarabang­sa yang lebih penting,” katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Tambah Wan Junaidi, daripada perbincang­an peribadiny­a dan perjumpaan dengan wakil-wakil EU, hanya dengan pensijilan produk kayu, Malaysia dapat mendapat akses ke pasaran EU.

Pasaran EU dan dunia katanya, akan terus memohon keperluan ketat jika kita tidak mengubah cara kita menguruska­n hutan kita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia