Utusan Borneo (Sabah)

Polis Kedah cadang teruskan program ‘My Indah 19’

-

ALOR SETAR: Polis Kedah bercadang meneruskan program ‘My Indah 19’ dengan kerjasama Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi mengatasi masalah penyalahgu­naan dadah di kalangan pelajar sekolah di negeri tersebut.

Ketua Polis Kedah Datuk Abd Rahim Jaafar berkata, program inovasi tersebut yang dimulakan pada tahun 2017 hasil idea bekas Ketua Polis Kedah Asri Yusof telah mengenal pasti 19 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di tujuh daerah di Kedah, yang mana kes-kes penyalahgu­naan dadah amat serius berlaku.

“Stastistik pada ketika itu menunjukka­n jumlah kes penyalahgu­naan dadah di kalangan pelajar sekolah di Kedah merekodkan jumlah yang amat tinggi berbanding negeri lain.

“Program itu yang bermula 2017 bertujuan untuk mengatasi masalah ini, dan sejak dilaksanak­an selain mengurangk­an jumlah kes, kita juga dapat mengesan pengedar dadah yang ada di sekolah,” katanya kepada pemberitas­elepasmera­smikan Progam Penilaian Anugerah Inovasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di SMK Tengku Laksamana di sini, Isnin.

Abd Rahim berkata melalui program ini, tiga pendekatan digunakan iaitu dengan mengambil kenyataan pelajar terlibat, kedua dengan ceramah dan dialog bersama murid, guru dan ibu bapa dari masa ke semasa.

“Pendekatan ketiga adalah kita akan pergi melawat rumah murid yang terlibat dengan penyalahgu­naan dadah ini untuk berjumpa ibu bapa dan memberi kaunseling supaya mereka dapat menerima keadaan yang berlaku pada anak mereka selain membantu mencari jalan mengatasi masalah tersebut,” katanya.

“Memandangk­an progam ini menunjukka­n impak positif, saya berharap program ini akan dapat diteruskan bagi mencapai hasrat mengurangk­an dan mungkin dalam beberapa tahun lagi usaha mencapai dadah sifar di sekolah akan dapat di capai,” katanya. - Bernama

 ??  ?? DUA anggota Polis berpakaian preman (kanan) menunjukka­n jenis-jenis dadah kepada pelajar pada Majlis Program Penilaian Anugerah Inovasi PDRM 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana Jalan Kuala Kedah pada Isnin.
DUA anggota Polis berpakaian preman (kanan) menunjukka­n jenis-jenis dadah kepada pelajar pada Majlis Program Penilaian Anugerah Inovasi PDRM 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana Jalan Kuala Kedah pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia