Utusan Borneo (Sabah)

Israel akan hantar pulang profesor Amerika-Perancis yang ditangkap semasa demonstras­i

-

BAITULMAQD­IS: Seorang profesor undangunda­ng Amerika-Perancis yang ditangkap oleh Israel ketika membantah tindakan memusnahka­n sebuah perkampung­an Palestin di Tebingan Barat akan dihantar pulang, menurut peguamnya kelmarin.

Frank Romano kelahiran AS, mengajar undang-undang di Paris Nanterre University, telah ditahan pada Jumaat lepas ketika mengambil bahagian dalam satu tunjuk perasaan di perkampung­an Bedouin di Khan al-Ahmar, timur Baitulmaqd­is.

“Terdapat satu keputusan pentadbira­n agar menghantar beliau pulang,” peguam Gaby Lansky memberitah­u wartawan.

Romano menyatakan beliau akan membantah penghantar­an pulang di mahkamah Israel.

“Saya akan merayu sekiranya mereka ingin menghalau saya,” beliau memberitah­u wartawan ketika satu perbicaraa­n mahkamah ringkas berkaitan dengan arahan penghantar­an pulang pada lewat kelmarin.

“Terdapat tiada sebab untuk menghalau saya, saya tidak melakukan satu tindakan jenayah.”

Mahkamah menangguhk­an perbicaraa­n tanpa memberikan satu keputusan.

Kampung yang mempunyai kira-kira 200 orang di Tebingan Barat yang ditawan oleh Israel telah berdepan dengan risiko akan dimusnahka­n pada bila-bila masa, di sebalik kritikan tegas daripada negara utama Eropah.

Pada 5 September, mahkamah tinggi Israel telah mengesahka­n satu arahan untuk membakarny­a dengan alasan ia telah dibina tanpa permit yang sepatutnya.

Ia adalah sangat jarang berlaku bagi rakyat Palestin untuk diberikan permit oleh Israel bagi membina penempatan di Kawasan C di Tebingan Barat, di mana terletakny­a.

Kampung itu terletak di sebuah kawasan strategik berhampira­n penempatan Israel dan di sepanjang jalan menuju ke Laut Mati.

Terdapat amaran b bahawa pembinaan penempatan yang berterusan di kawasan itu akan membawakep­adapembaha­gian Tebingan Barat kepada dua bahagian dan memutuskan ia dari Baitulmaqd­is, berdepan dengan satu pukulan maut terhadap mana-mana harapan yang ada untuk satu solusi dua negara.

Aktivis anti-pemusnahan menyatakan Romano telah ditangkap bersama dengan dua orang penunjuk perasaan Palestin ketika mereka cuba untuk menghalang jentolak yang dihantar oleh pihak berkuasa Israel untuk menutup jalan masuk ke kampung tersebut.

Gambar di dalam media sosial menunjukka­n beliau telah dibawa pergi dari tempat kejadian oleh anggota polis pencegah rusuhan Israel. — AFP

 ?? Gambar AFP ?? ROMANO yang telah ditahan Israel ketika menentang tindakan memusnahka­n sebuah perkampung­an Palestin di Tebingan Barat akan dihantar pulang, menurut peguamnya kelmarin. —
Gambar AFP ROMANO yang telah ditahan Israel ketika menentang tindakan memusnahka­n sebuah perkampung­an Palestin di Tebingan Barat akan dihantar pulang, menurut peguamnya kelmarin. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia